SEBUT nama Ikmal Amry mungkin sedikit asing bagi segelintir peminat seni tanah air. Sementelahan kelibatnya dalam dunia seni bukanlah serancak anak muda lain, jauh sekali terkait dengan cerita panas.

Bahkan, tuan punya badan mengakui, beliau bukanlah selebriti yang mengejar glamor dengan menjual rupa atau sengaja mencipta kontroversi.

Tinggalkan itu semua. Apa kata SinarPlus membawa pembaca mengenali lebih mendalam siapa itu Ikmal atau disapa Am sahaja.

Ujar graduan Diploma Pengurusan Perniagaan itu, hakikatnya, beliau sebenarnya bergelar penganggur selama dua tahun sebelum mengorak langkah memajukan diri.

Baca ni ‘Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.’ Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

ikmal amry

“Selepas habis belajar, kira-kira dua tahun lamanya, saya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

“Masa itu, saya tidak kisah untuk buat apa saja termasuklah bekerja di Baskin-Robbins, kedai makan, pusat karaoke dan lain-lain. Selepas dua, tiga tahun, barulah saya dipertemukan dengan pelakon, Ben Ali,“ kata anak kelahiran Melaka itu ketika sesi fotografi bersama SinarPlus di Studio A, Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Turut menemaninya ialah isteri, Najla Shamsul dan anaknya, Cailie. Sambung Am lagi, beliau kemudian mengambil langkah berani dengan menyertai pencarian Hero Remaja.

am

Baca ni Baca ni ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Di platform itulah, bakat lelaki berwajah kacak dalam bidang seni diterokai. Pertemuan dengan suami kesayangan Nadiya Shahab itulah yang membuka jalan buat Am memberanikan diri menyertai Pencarian Hero Remaja 2017.

“Sejujurnya, saya seorang yang introvert dan sangat pemalu. Saya enggan menyertai program berkenaan awalnya, namun Ben mendesak dan ajar saya supaya tidak cepat berputus asa. Ben cakap saya ada peluang.

“Ben juga desak sehinggakan satu tahap kami hampir bergaduh. Waktu itu, saya tidak ada keyakinan diri apatah lagi mahu berhadapan dengan orang ramai. Namun, akibat desakan itulah, saya akur dan memberanikan diri,“ ujar Am yang akhirnya tahu bahawa bidang lakonan amat sesuai dengan jiwa beliau.

Ben ali

Baca lagi ‘Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.’ Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

 

Tatkala ditanya adakah rupa paras menjadi taruhan utama untuk bertapak dalam dunia lakonan? Tegas empunya diri, wajah tampan bukan penanda aras sebagai anak seni, sebaliknya keyakinan diri itu adalah kunci utamanya.

“Ya, saya sedar orang kata saya berlakon kerana pakej wajah, tapi itu salah sama sekali. Saya terima saja watak yang diberikan. Saya juga sedar dari mana saya datang dan tujuan saya ini adalah semata-mata mencari rezeki yang halal.

“Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ben yang berjaya ubah hidup seorang anak kampung yang datang daripada keluarga susah ini untuk menapak dalam bidang seni,“ ujar pemilik nama sebenar, Mohd Zulikmal Amry Ghazali itu yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Dia Karma.

Ayah jadi mentor
Tamat bicara kami tentang portfolio dirinya, penulis mahu bersembang tentang sesuatu yang lebih istimewa lagi.

Tidak lain tidak bukan adalah mengenai sambutan Hari Bapa. Kepada yang masih tidak tahu, Am ialah ayah kepada seorang cahaya mata perempuan yang cukup comel.

Baca ni ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

ikmal

Sebelum bercerita tentang posisinya sebagai bapa, penulis tanyakan dulu bagaimana beliau meraikan hari bahagia tersebut bersama lelaki yang dipanggil ayah.

Akui Am, tiada sebarang sambutan besar-besaran yang dilakukan mereka sekeluarga sejak dahulu lagi. Sebaliknya, beliau dan adik beradik hanya berpakat berkongsi duit membeli kek dan hadiah.

“Kalau diikutkan, ayah bukan jenis yang meminta-minta. Demikian juga ibu apabila tiba sambutan Hari Ibu. Cuma kami suka meraikan mereka dengan cara memberi hadiah dan kek saja.

“Saya tidak nafikan, sambutan Hari Ibu lebih meriah berbanding Hari Bapa. Mungkin kerana kaum Adam bukan jenis sukakan kejutan. Kami lebih suka benda-benda yang simple,“ ungkapnya.

Kepada SinarPlus, Am berterus terang bahawa dirinya berasal daripada keluarga yang berpecah-belah.

Baca ni ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

ikmal amry

“Selepas ayah dan ibu bercerai, saya banyak tinggal di asrama. Bahkan, hubungan saya lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Jadi, tidak banyak kenangan manis kami bersama.

“Cuma kalau ditanya karakter ayah, beliau seorang yang tenang, berfikiran terbuka dan suka berborak lebih-lebih lagi dalam berkongsi ilmu tentang bisnes yang beliau kendalikan.

Sejujurnya, saya jadikan ayah sebagai mentor dalam segala hal.Cuma dalam bab mendidik anak, saya dan ayah punya cara tersendiri,“ ujarnya.

Sepanjang 29 tahun bernafas di muka bumi ini, ujar Am, terdapat satu peristiwa yang membuatkan dirinya benar-benar terharu tatkala bertemu dengan ayah tercinta baru-baru ini.

“Ketika kami bersua, ayah mencium dahi saya. Sebelum ini, beliau tak pernah berbuat demikian. Mungkin pada orang orang lain, itu sesuatu yang biasa, namun saya rasa itulah momen yang cukup indah dalam hidup saya.

“Saat itu juga membuatkan saya hampir menangis kerana sebak dan terharu. Kami jarang bertemu dan apabila bersama, kami seperti kawan. Kami berborak dan saling berkongsi tentang kehidupan masing-masing,“ ungkap personaliti berkulit cerah dan mulus itu.

Baca lagi ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

ikmal

Tutur katanya membuatkan penulis turut sebak. Namun, bagi mengelak emosi sedih terus membekam, penulis memintanya memberi definisi lelaki hebat dari sudut pandangan beliau.

Dengan riak wajah kegembiraan, Am berkata: “Pada saya, lelaki hebat ialah mereka yang sabar. Saya tengok ayah seorang yang sangat sabar kuat orangnya. Kuat itu bukan dari sudut fizikal.

Iklan

“Sebaliknya, sabar dengan sesuatu benda dan itulah kekuatan diri yang sebenar. Dengan kata lain, lelaki yang kuat dan hebat itu pada saya seorang yang penyabar.“

Frasa ayatnya memang memberi makna yang cukup mendalam, bukan?

Baca lagi Berdiri di atas kaki sendiri, Mas Zharif Aziz Desa tak tumpang populariti arwah bapa. Anugerah bukti kemampuan diri

Mahu anak ramai
Bagaimana pula sisinya sebagai seorang bapa kepada kepada si cilik, Cailie? Kecomelan anak kecil yang baru berusia setahun lebih memang tidak boleh dinafikan. Bayangkan sepanjang sesi penggambaran, kelibatnya yang berlari ke sana ke mari menceriakan kru SinarPlus.

Beliau juga memberi kerjasama yang baik kepada jurufoto walau adakalanya minta dimanjakan.

Am dilihat sabar melayan keletah Cailie yang namanya memberi maksud kesayangan dalam bahasa Arab Urdu. Sisi kebapaannya cukup terserlah.

ikmal amry

Baca lagi As’ad Motawh kongsi cerita jatuh bangun kerjaya. Hasil usaha dan kerja keras, kehidupannya berubah

“Saya memang berimpian untuk kahwin awal dan memiliki keluarga sendiri. Waktu isteri disahkan hamil, kami sangat teruja dan sama-sama membuat persiapan untuk menyambut bayi sulung. Keluarga mertua juga banyak membantu berkongsi info dan membeli barangan keperluan bayi.

“Memandangkan saya lahir dalam keluarga besar, jadi saya memang nak anak ramai. Kalau boleh enam orang cahaya mata, tetapi isteri cakap empat cukuplah. Jadi, saya akur kerana beliau yang nak mengandung,“ seloroh pelakon Gantung The Series itu lagi.

Peralihan fasa bergelar bapa kata Am, amat menyeronokkan. Empunya diri tidak hanya membiarkan sang isteri dan ibu mertua menguruskan Cailie, sebaliknya sama-sama berganding bahu.

“Kami juga tiada pembantu rumah, semua urusan dilakukan sendiri. Kalau ditanya bila nak anak seterusnya, saya tak menolak kalau ia terjadi dalam terdekat ini. Mungkin orang anggap saya macam rare kerana tidak kisah punya anak ramai dan rapat-rapat. Seronok sebenarnya anak ramai ni,“ tuturnya dengan nada penuh tulus.

Kalau diikutkan, Am melangsungkan perkahwinan pada usia 26 tahun. Bagi kaum Adam, umur sebegitu terlalu awal untuk melepaskan status bujang.

Baca lagi Tandas kakak Datuk Aliff Syukri terus jadi next level, lepas tandas cangkung zaman kanak-kanaknya penuh dengan tikus

Iklan

Ikmal

Satu lagi, sudah resam orang beristeri, mana boleh ke sana ke mari sesuka hati.
Adakah Am menyesal? “Oh! Tidak. Tiada langsung istilah menyesal. Bagi saya, umur 26 tahun untuk dirikan rumah tangga agar lambat. Adik beradik lain rata-ratanya sudah berkeluarga.“

Selebriti yang sedang mencipta nama itu berfikiran rasional. Bagi beliau, keluarga adalah terletak dalam carta utama, sementara kerjaya jatuh di tangga kedua.

“Tujuan saya memasuki bidang seni adalah untuk mengembangkan bakat dan mencari rezeki. Bukan untuk mengejar glamor. Sejak awal lagi, saya sudah tanamkan dalam diri untuk membina keluarga sendiri, selain menjadi anak yang baik,“ katanya.

Sayang rasanya kalau tidak bertanyakan bagaimana seorang lelaki tampan dengan tinggi yang ideal dan penuh stail tentang hal penjagaan diri.

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

IKmal

Sambil tertawa, beritahu Am, beliau seorang sempoi dan tidak cerewet. Memang ramai yang tidak percaya, tetapi kata personaliti itu, itulah sisinya yang ramai tidak tahu.

“Ya, benar. Nampak saja saya begini. Dalam soal makanan misalnya, saya tiada pantang larang, semua saya makan, namun perbanyakkan minum air putih.

“Saya juga bukan jenis yang suka berdiet. Hanya apabila saya sudah mula turun gimnasium, memang bab pemakanan saya akan jaga dan pantau,“ ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!