PENGALAMAN menempuhi kehidupan serba kekurangan sewaktu kecil dahulu antara pembuka jalan wanita hebat bernama Mila Jirin memilih haluan dalam bidang perniagaan.

Mula mencipta nama dalam industri seni usai menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kelima, sekali gus merangkul juara dalam program tersebut.

Namun, sedikit demi sedikit kelibatnya mula jarang kelihatan. Lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015.

Bersempena hari ibu, SinarPlus mengaturkan pertemuan bersama wanita kecil-kecil cili padi itu sebagai penghias muka depan.

Baca ni Terbaik! Sediakan RM150,000 bonus pekerja, keprihatinan Mila Jirin sentuh hati. ‘Kongsi rezeki dengan pasukan’

mila

Tatkala diajukan persoalan mengenai sambutan hari istimewa tersebut, jujur tuan punya badan mengakui, tidak terlalu ‘beria‘ menyambutnya.

Titip beliau, hari ibu adalah hari istimewa dalam memberi tambahan penghargaan kepada semua insan yang begelar ibu.

Pun demikian katanya, dalam keluarga memang tiada sebarang majlis khusus diadakan setiap kali datangnya tarikh berkenaan.

 

“Kebiasaanya saya akan menitipkan ucapan istimewa buat ibu dengan berkunjung ke rumahnya dan berterima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya selama ini.

“Malah, suami pun kebiasaanya akan memberi ucapan sahaja, sementara anak pula akan menghadiahkan kad ucapan yang dibuat sendiri ketika di sekolah. Pada saya, ingatan sebegini sudah memadai,” ungkap Mila.

Baca juga [VIDEO] Mila Jirin tanggung hutang, terpaksa buat pinjaman, perlu bertahan demi pekerja

mila 1

Diminta berkongsi momen istimewa bersama sang ibu ratu hati, jelas anak kelahiran Pulau Mutiara itu lagi, kenangan menaiki motosikal sewaktu kecil bersama syurganya itu menjadi kenangan yang cukup manis.

“Waktu itu, ibu mahu membawa saya ke hospital. Bayangkan, kami dua beranak terpaksa menaiki motor yang memakan masa sejam perjalanan dari rumah saya di kampung. Ketika itu, usia saya baru memasuki 15 tahun.

“Saya masih dapat membayangkan situasi ibu ketika itu kerana mahu memastikan saya selamat pada waktu,“ jelasnya

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri turut memberi reaksi terhadap pertanyaan segelintir pihak tentang menambah ahli baharu dalam keluarga.

“Siapa yang tak nak anak, kan. Memang ada yang bertanya. Namun, saya berlapang dada dan menganggap ia adalah satu doa yang baik .

“Jika ada yang bertanya, tak nak tambah anak, kah? Saya akan berseloroh dengan menjawab, doakan agar dikurniakan anak perempuan,” ujar Mila yang tampil anggun hasil sentuhan jurusolek Lyana Dee.

Baca lagi ‘Tarik ‘handbrake’, ‘u-turn’ jangan terjerumus ke lembah hitam.’ Perkongsian Mila Jirin yang cukup berinspirasi!

Mila jirin

‘Kabel‘ dalam bisnes

Tamat bicara kami tentang hari ibu, penulis kembali menyoroti lebih mendalam akan keterlibatan beliau dalam bisnes.

Rupa-rupanya pasangan tersebut punya perancangan lain yang lebih gah untuk masa depan bersama.

Hala tuju baharu dirangka apabila empunya diri nekad untuk menceburi bidang keusahawanan lebih sedekad yang lalu.

Percaturan yang cukup berisiko namun, tanpa angan-angan, mimpi tidak bermakna. Langkah diatur sedikit tidak ‘pincang‘, sebaliknya mula menampakkan sinar.

Pada 2013, penubuhan Bizmilla telah menjadikan mereka muncul pelopor industri di bawah satu bumbung bagi majlis perkahwinan yang kini mempunyai rangkaian luas dalam industri berkenaan termasuk memiliki lapan dewan perkahwinan.

Baca lagi Mila Jirin ceritakan apa terjadi sebalik CCTV di dewan perkahwinan miliknya

mila 2

Tanpa berselindung, penulis ajukan benarkah ‘kabel’ penting untuk bertapak dalam bidang tersebut?

“Tak perlu kabel dalam berniaga, itu adalah satu mitos dan cara pemikiran lama. Cuma, untuk kekal dalam pasaran dan mampu bersaing, kena ada road map yang jelas, selain produk perkhidmatan yang membantu menyelesaikan permasalahan pelanggan.

“Produk atau perkhidmatan bagus semata-mata bukanlah jaminan kepada perniagaan yang berdaya saing atau dapat kekal didalam pasaran,” tegas pemilik nama sebenar Norsyarmilla Jirin kepada penulis.

Menjawab persoalan kenapa tegar memilih meninggalkan dunia glamor kepada bisnes, jujur Mila mengakui kesusahan sewaktu kecil antara faktor beliau beralih bidang.

“Mengapa saya memilih untuk menjadi seorang usahawan? Ini semua disebabkan saya ingin menambah pendapatan saya dalam membantu menguruskan keluarga.

“Itulah matlamat pertama saya bila menceburkan diri dalam perniagaan seawal usia 20 tahun.

“Kini dengan izin ALLAH, saya juga mahu menjadi usahawan Islam bumiputera untuk sama-sama menaikkan ekonomi ummah,” ungkap wanita berumur 36 tahun itu lagi.

Baca juga Kekal berdepan cabaran, Mila Jirin kongsi rezeki bersama pekerja

mila 3

Iklan

Menyentuh mengenai cabaran yang beliau tempuhi sepanjang sedekad dalam dunia bisnes, kongsinya, pengalaman sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dijalankan sewaktu Covid-19 tak dapat dilupakan.

“Pada waktu itu, perniagaan dihentikan secara mendadak dan sebagai pengemudi syarikat, saya menerima tempias sementelah hampir tiga tahun perniagaan utama kami terjejas.

“Kami terpaksa menanggung kerugian syarikat hampir tujuh juta ringgit waktu itu. Namun, di sebalik apa yang berlaku, saya dapat pengajaran yang sangat berharga daripada ALLAH tentang bagaimana menguruskan krisis,” ulasnya lagi.

Pencinta buku

Ceritanya lagi, beliau terpaksa menguruskan hampir 100 pasukan dengan kos untuk gaji bulanan dan operasi yang mencecah setengah juta ringgit sebulan.

Justeru, beliau cuba menukar modul perniagaan dengan menjual Nasi Arab Bizmilla, membuka perniagaan baharu Cakemilla secara dalam talian, penjualan pelitup muka dan menjual buah durian.

“Saya juga memegang amanah menjadi ketua keluarga mencari rezeki untuk menyara mak ,ayah dan adik-adik. Disebabkan itu, saya mencari cara untuk menambah pendapatan dan itulah yang membuatkan saya beralih bidang menjadi usahawan.

Baca lagi Mila Jirin jual kek untuk bayar gaji pekerja

mila 4

“Suami adalah insan yang penting dalam membawa saya ke dunia bisnes dan memberikan tunjuk ajar sedikit sebanyak akan selok -belok dunia perniagaan,” dedahnya lagi.

Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun itu tidak membuatkan dirinya lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Saya amat percaya, sebagai ibu, kita tidak boleh membiarkan anak tanpa perhatian. Alhamdulillah, suami memahami kesibukan isterinya dengan menyediakan seorang pembantu rumah.

Iklan

“Malah, saya diberi ruang tak perlu memasak. Hanya pada hari saya bercuti sahaja akan berbuat demikian,“ ungkap Mila yang cukup berterima kasih atas dorongan dan sokongan suami tersayang.

Ditanya, tidakkah rindu untuk kembali beraksi di atas pentas, akui Mila itu antara sebab kenapa beliau baru-baru ini memohon keizinan suami untuk menyanyi.

“Saya rindu untuk beraksi semula di atas pentas. Kehadiran saya semula adalah untuk menyerikan industri. Doakan saya agar dapat mengagihkan masa sebaiknya,“jelasnya penuh makna.

Mengorek sisi peribadi usahawan cantik manis itu, tuan punya badan mengakui dirinya seorang family person serta gemar membaca.

“Saya adalah pencinta buku, selain daripada hobi menyanyi. Saya suka mengumpul buku-buku dan pantang lalu di kedai buku, pasti akan singgah dan beli.

Baca lagi Salahkah saya ucap terima kasih kepada mereka yang membantu – Mila

Mila jirin 1

“Malah, bajet perbelanjaan di platform online lebih banyak membeli buku daripada alat solek. Suami selalu berseloroh, ingin bina perpustakaan di rumah dan saya memang menantikannya,” cerita Mila.

Di kesempatan itu, penulis sempat mengajukan pertanyaan, benarkah wang dan populariti tak menjamin bahagia?

“Wang penting untuk kelangsungan kehidupan dan pada saya untuk bahagia perlu ada duit.
“Saya dibesarkan dalam keluarga yang susah dan biasa dengar pertengkaran suami isteri akibat tekanan kewangan sehingga membuatkan hubungan menjadi hambar,” ungkap beliau lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!