10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

BUKAN calang-calang penantian. Selama 10 tahun berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, akhirnya berbalas apabila insan tersayang mulai sedar.

Itu yang dialami oleh Sun Hongxia,dari wilayah Anhui, China yang dilaporkan menjaga suaminya yang koma selama sedekad.

Memetik laporan South China Morning Post, suaminya itu tidak sedarkan diri selepas mendapat serangan jantung pada 2014.

komaMenerusi satu hantaran video, kelihatan wanita tabah itu duduk di sebelah sambil menyentuh lembut kepala suaminya yang berada di atas katil.

“Walaupun sangat penat, saya rasa segala-galanya berbaloi kerana kami disatukan semula.

“Setiap hari sejak sedekad lalu fikiran saya sentiasa tertumpu kepada suami.

“Saya buat semua ini untuk memastikan suami selesa ketika dia tidak sedarkan diri,” katanya kepada Dawan News sambil tersenyum.

Hongxia turut berkongsi pengalaman menjaga suaminya itu yang memerlukan penjagaan khas kerana bernafas dengan tiub trakeostomi dan tiub khas untuk membuang air kecil.

Semua itu memerlukan kerja keras dan kesabaran untuk memastikan suaminya hidup dalam selesa dan bersih.

“Akhirnya semuanya berbaloi apabila matanya kini terbuka sedikit demi sedikit,” katanya lagi.

Hongxia berkata, dua orang anak mereka menjadi pembakar semangatnya untuk dirinya terus meletakkan kepercayaan bahawa suaminya akan sembuh.

suami koma

“Saya juga mahu memberi contoh yang baik dan inspirasi kepada mereka,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengakui, sokongan keluarga terutama anak mereka memberi inspirasi kepadanya untuk terus kuat dan tidak putus asa menjaga suaminya.

Dalam masa yang sama, bapa mentuanya yang berusia 84 tahun bangga dan bersyukur dengan pengorbanan dilakukan wanita itu demi anak lelakinya.

Iklan

“Walaupun dia cuma menantu saya, tetapi sebenarnya dia lebih baik daripada anak perempuan kandung saya.

“Tiada siapa yang boleh menandinginya,” katanya.

Kisah pasangan itu meraih perhatian di China dan menyentuh hati ramai netizen yang memuji kesetiaan wanita berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Iklan

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!