20 saat pengalaman ngeri penumpang Qatar Airways, 12 alami kecederaan akibat gelora udara

 

SELEPAS enam hari insiden pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju Singapura mengalami keadaan gelora udara kuat hingga menyebabkan seorang maut.

Terbaharu, situasi sama berlaku terhadap penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Ireland. Biarpun tidak mengakibatkan kematian, namun 12 penumpang termasuk krew mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Lapangan Terbang Dublin, pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat dan seperti yang dijadualkan.

“Penerbangan QR017, Boeing 787 Dreamliner, mendarat sebelum 1 tengah hari waktu Dublin (1200 GMT).

“Setelah mendarat, ia diberikan perkhidmatan kecemasan, termasuk polis Lapangan Terbang dan jabatan Bomba dan Penyelamat kami, berikutan 6 penumpang dan 6 anak kapal di dalam pesawat dilaporkan cedera selepas pesawat mengalami gelora udara di Turki,” katanya.

Salah seorang penumpang berkata, kejadian itu berlangsung kurang daripada 20 saat dan berlaku ketika perkhidmatan makanan dan minuman sedang diberikan.

“Ada yang tidak sempat memakai tali pinggang dan berdiri terpelanting ke siling,” katanya.

Seorang lagi pula menambah, keadaan berkenaan menakutkan kerana pesawat seperti bergerak tetapi sebenarnya berhenti fungsi sekejap.

“Ia seolah-olah jatuh dan naik semula (dalam 20 saat itu) dan kami bernasib baik kapten dapat mengawalnya dengan baik,” ujarnya.

Qatar Airways berkata, beberapa penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan perubatan.

Syarikat penerbangan itu tidak mengulas secara langsung mengenai insiden itu, tetapi memaklumkan ia tertakluk kepada siasatan dalaman.

Dari 2009 hingga 2018, agensi AS mendapati bahawa gelora udara menyebabkan lebih daripada satu pertiga daripada kemalangan syarikat penerbangan.

Walaupun mengakibatkan satu atau lebih kecederaan serius, tetapi tiada kerosakan pesawat dilaporkan.

Sumber CNN

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

1 day ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

1 day ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

1 day ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

1 day ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

1 day ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

2 days ago