KEROSAKAN jalan seperti jalan berlubang boleh memudaratkan keselamatan pengguna jalan raya.

Bengang kerana sudah lama rosak namun tidak diperbaiki, seorang wanita sanggup ‘posing’ di atas jalan rosak dan berlopak untuk memberi mesej kepada pihak berkenaan.

Baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Ummi Hani berbuat demikian di satu lokasi jalan rosak di Kecamatan Merbau Mataram, Sumatera, Indonesia.

Beliau yang memakai gaun dan tudung berona hitam sempat merakamkan video dan foto dalam keadaan duduk dan baring mengiring di dalam lopak air yang berlumpur.

Baca juga: Bengang jalan kerap berlubang, lelaki tanam pokok pisang tengah jalan

Baca juga: Sanggup belanja lebih setengah juta untuk bina jejantas depan sekolah anak, kisah wanita ini tular seluruh dunia

Memuat naik video bermain air persis sedang berada di sebuah kolam renang, wanita tersebut sempat berkongsi rasa kecewa kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Seperti warisan turun-temurun. Untuk kesekian kalinya kami memohon dan meminta pihak yang berkenaan untuk merealisasikan penambahbaikan kepada infrastruktur jalan raya ini.

“Jalan ini merupakan salah satu akses utama yang menghubungkan kampung dan mukim. Kerosakannya memberi kesan buruk kepada masyarakat, baik dari aspek ekonomi, pendidikan mahupun kesihatan.

Baca juga: Gara-gara seorang mak cik hampir jatuh motor, pemuda tampil tampal jalan rosak

Baca juga: Sedihnya, 20 kek jualan wanita ini rosak hadap 4 jam jalan sesak, ramai titip doa buatnya

“Cukuplah jalan ini rosak, jangan sampai rosak kepercayaan rakyat,” titipnya.

Menerusi hantaran sebelum itu, beliau dilihat telah melawati sepanjang jalan yang dilihat rosak teruk, bahagian tar yang sudah hilang dan berlubang.

Perkongsian Ummi Hani itu diterima baik warga maya dan berharap ia berjaya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT). Ujar mereka;

“Terbaik! Harap pihak berwajib membacanya dan bertindak,” ujar Syivalvita.

“Sangat total, harap ada perubahan ke arah kebaikan, PBT peka dengan suara rakyatnya,” kongsi Syafri WD.

“Seperi foto praperkahwinan, hahaha,” titip Aldy Prasetya.

“Ketua kampung juga perlu dipersoalkan, jika sudah mendapat bantuan pembiayaan infrastruktur daripada kerajaan tetapi sampai ke kampung masih tidak berfungsi, perlu ambil perhatian sama ada dana itu benar-benar tidak sampai atau sudah sampai telah disalahgunakan,” ujar ctvl_vee3.

Baca juga: Bertanding PRU15, berikut 20 fakta tentang Lando Zawawi Brotherhood

Baca juga: Isteri baru tahu basikal suami berharga RM45,000 sama seperti kepunyaan KJ! Warganet terus ‘buat kerja’

Lebih menyentuh hati, ramai yang mengakui kerosakan infrastruktur berkenaan sudah membawa malapetaka.

“Kak, rumah saya di sini. Ibu saya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke rumah sakit kerana jalan yang rosak, Tolong bantu kami kerana akses rumah kami yang terlalu jauh dari bandar.”

“Suami saya pernah kemalangan di jalan raya ini dan habis pisang yang telah ditempah hancur selepas jatuh di jalan. Malah, adik saya baru-baru ini kemalangan parah kerana terlanggar batu.”

“Semoga jalan ini diperbaiki kerana saya menggunakannya untuk mencari nafkah.”

Hantaran kreatif dan penuh kesungguhan Ummi Hani itu menerima lebih 100,000 tanda suka di Instagram dan 76,000 tontonan di TikTok sejak dimuat naik 3 Mei lalu.

Iklan

CARA BUAT ADUAN KEMALANGAN AKIBAT JALAN BERLUBANG

Jika di Malaysia, pengguna jalan raya yang menjadi mangsa kemalangan akibat jalan berlubang boleh mengambil tindakan undang-undang seperti berikut:

1-Mangsa yang terlibat kemalangan boleh membuat tuntutan ganti rugi jika jalan raya itu di bawah pentadbiran JKR.

2-Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkongsi penjelasan Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada yang berkata, tuntutan boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran kecuaian tersebut sehingga mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

Berhadapan pembuli jalan raya, ini apa yang anda perlu lakukan

3-Dr. Ahmad berkata, mana-mana individu yang terlibat kemaIangan berikutan kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan raya boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah.

4-Menurutnya, pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemaIangan akibat jalan rosak atau berlubang mempunyai asas kukuh untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak yang menyelenggara laluan ber­kenaan.

5-Jika jalan raya yang tidak di­selenggara dengan baik itu di bawah pentadbiran JKR, mangsa yang terlibat kemaIangan boleh membuat tuntutan ganti rugi dan keputusan sama ada perlu membayar ganti rugi akan ditentukan oleh jabatan tersebut.

6-Tuntutan ganti rugi itu meliputi pelbagai kos seperti perubatan, pembayaran wad dan pembaikan kenderaan.

Iklan

7-Mengulas lanjut, Ahmad memaklumkan, sekiranya JKR tidak mahu melayan tuntutan ganti rugi tersebut, mereka boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil dengan memfailkan tuntutan saman.

8-Pada peringkat ini, ia akan melibatkan perbicaraan antara kedua-dua pihak dan sebarang keputusan akan ditentukan oleh pihak mahkamah..

10-Mengulas mengenai saman terhadap JKR, Ahmad berkata, difahamkan setakat ini ada tuntutan yang difailkan orang awam terhadap agensi itu di mahkamah berkaitan kemaIangan di jalan Persekutuan dan negeri.

11-Dalam kes berkaitan, bagi pengendali lebuh raya, ada kes tuntutan saman dikenakan terha­dap mereka akibat kemaIangan.

12-Kata Ahmad, saman itu memandangkan ada perjanjian yang memerlukan mereka bertanggungjawab atas apa jua yang terjadi berikutan pengguna membayar tol.

Sumber: UmmiHanii88, PPIM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!