PEMPENGARUH media sosial, Daud Kim aktif terlibat dalam program kemasyarakatan. Baru-baru ini, pemilik nama asal Kim Kyun-woo itu berkongsi menyambut Ramadan bersama saudara Islam di selatan Lubnan.

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan berusia 41 tahun itu berkongsi aktiviti sukarela yang dilakukan bersama badan kebajikan Human Appeal.

Daud bersama beberapa pempengaruh lain dari seluruh dunia termasuk Tallie Dar, Sarah Naffar, Ramis Ansari dan Farzy.

“Assalamualikum. Saya akan mengikuti misi Rayuan Manusia ke Lubnan dari 3 Mac hingga 9 Mac dan 26 Mac hingga 1 April. Insya-ALLAH bersama pasukan, kami untuk membantu memberi makan kepada keluarga yang lapar dan berpuasa di kem pelarian pada bulan Ramadan ini.

Baca juga: Bakal suri hati Daud Kim kini bergelar saudara baharu

“Keluarga ini kebanyakannya warga Palestin, Lubnan dan Syria dan lain-lain termasuk yang terlibat dalam bencana atau pelarian peperangan.

“Mereka tidak mempunyai banyak kemudahan maka kami akan membantu menyediakan makanan, bantuan perubatan, produk kebersihan dan banyak lagi kepada mereka yang terselamat ini,” kata portal berkenaan.

Baca juga: Pejuang isu P4lestin akhirnya dikurnia hidayah, Shaun King dan isteri peluk Islam pada 1 Ramadan

Baca juga: Alhamdulillah, penyanyi rap Lil’ Jon peluk Islam. ‘Terima kasih atas curahan kasih sayang dan positiviti’

Menyampaikan pelbagai bantuan dalam bentuk makanan, minuman, ubat-ubatan yang diisi di dalam kotak, YouTuber dan vlogger itu turut memasak makanan buat pelarian di kem berkenaan.

Manakala dalam sebuah video yang dikongsikan, Daud dilihat membantu tukang masak menyediakan set makanan berkenaan dan berkongsi kapsyen pendek, ‘love always win.’

Baca juga: Bertemu Islam ketika mencari tujuan hidup, ini kisah hijrah legenda rugbi Sonny Williams

d

Iklan

Warga maya mendoakan agar misi Daud dan rakan-rakan berjalan lancar.

– “Masya-ALLAH moga ALLAH melindungi kalian semua di sana amiin.”

– “Love wins all.”

– “Seronok dalam pasukan bersama anda bro! Terima kasih atas semua bantuan dan kerja amal yang dilakukan.”

Iklan

Daud memeluk Islam sekitar empat tahun lalu selepas secara tidak langsung terdedah kepada Islam selepas insiden bom 11 September 2001 atau 911 ketika usianya lapan tahun.

Beliau terdahulu mengadakan persembahan jelajah di Indonesia dan mempelajari lebih mendalam tentang agama Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!