Depresi selepas keguguran, wanita ini sanggup bertindak kejam bunuh rakan sendiri dan culik bayi

DEPRESI gara-gara keguguran, seorang wanita di Houston, Texas, Amerika Syarikat bertindak kejam di luar batas kemanusiaan demi mendapatkan anak segera.

Lagi mengerikan, Erika Miranda-Alvarez, 35, sanggup membunuh rakan baiknya sendiri iaitu ibu kepada lima cahaya mata semata-mata mahu menculik bayi milik mangsa.

Lapor Mirror UK, suspek dipercayai menikam sehingga mati Carolina Flores, 33, di rumah sebelum melarikan anak mangsa yang berusia enam minggu.

Menurut kenyataan pihak berwajib, wanita itu menculik Shamali Flores sebelum menghilangkan diri.

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek dan mangsa sebenarnya sudah mengenali satu sama lain sejak beberapa tahun lalu.

Bahkan mereka dilaporkan mengandung pada masa yang sama, namun suspek dikatakan mengalami keguguran sehingga kehilangan zuriat sendiri.

Iklan
Iklan

 

Selepas kehilangan anak dan berahsia tentang hal itu, Erika kemudian menjadi lebih rapat dengan mangsa.

Nak dijadikan cerita, keluarga mangsa panik selepas gagal menghubungi Flores sebelum pergi menjenguk rumah.

Alangkah terkejutnya famili mangsa apabila melihat wanita itu meninggal dunia dengan kesan tikaman dan mendapati bayi tiada di sampingnya.

Berita kematian Flores menggemparkan bandar itu dan pihak polis melakukan operasi besar-besaran untuk mencari bayi yang masih hilang.

Operasi yang dijalankan selama dua hari itu menemukan petunjuk konkrit iaitu lokasi suspek sebelum mengeledah rumah milik Erika.

Baca juga Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri

Pasukan khas SWAT berjaya menemui bayi dengan selamat dan bukti gelang hospital yang masih disimpan suspek tertulis nama mangsa dan anaknya.

Pun demikian, Erika tidak mengaku bersalah dan membuat kenyataan bahawa dia menjaga si kecil itu selepas mengetahui sahabatnya sudah tiada.

Dia dikatakan pergi ke aparment milik rakannya itu untuk berjumpa sebelum dikatakan terkejut melihat mangsa sudah tak bernyawa.

Tidak mahu dituduh sebagai pembunuh, suspek kemudian melarikan diri bersama bayi.

Pun begitu, penipuan suspek berjaya dibongkarkan pihak polis dengan beberapa bukti.

KANTOI

Menurut kenyataan Penolong Peguam Daerah Harris County Casey Smith, wanita itu tahu tindakan yang dibuat adalah satu kesalahan.

“Hasil pengakuan suspek termasuk membuang telefon bimbit mangsa ke dalam lubang tandas mendorong kepada motif pembunuhan.

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang mana Erika mengaku bersalah membunuh, dia tidak layak untuk membuat rayuan,” katanya.

Baca juga Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri  

Sementara itu, Peguam Daerah Harris County Kim Ogg berkata, perbuatan itu adalah sebagai satu pembunuhan terancang dan satu penculikan yang tidak wajar berlaku.

Akibat pertuduhan tersebut, Erika dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun selepas mengaku bersalah.

Sedih,kan? Orang yang kita anggap sebagai kawan sendiri sanggup menikam dari belakang semata-mata nak penuhi impiannya.

Moga kes ini menjadi iktibar buat semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

8 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

9 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

11 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

12 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

14 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago