SUSULAN pandemik Covid-19 yang menyebabkan sebahagian besar pengguna bimbang untuk keluar rumah, secara tidak langsung telah memberikan kesan pada pertumbuhan ekonomi di seantero dunia.

Salah satu yang terjejas teruk adalah sektor peruncitan melibatkan perniagaan pakaian. Terbaharu, jenama fesyen popular H&M pula mengumumkan penutupan sebanyak 170 buah butik di seluruh dunia.

Keputusan itu diambil selepas syarikat berkenaan mencatatkan kerugian sekitar RM1.5 bilion iaitu hampir 50 peratus daripada pendapatan bersih pada suku kedua tahun ini.

Biarpun sudah berdiri kukuh selama 73 tahun dalam industri pakaian, namun dek penularan virus Covid-19, sekali gus pelaksanaan perintah duduk di rumah di kebanyakan negara telah menyebabkan H&M ‘rebah’.

butik tutup
REKAAN dan permainan warna busana jenama H&M yang minimalis menjadi kegilaan pencinta fesyen gaya ringkas dan feminin.

Enggan menanggung kerugian teruk H&M yang mempunyai lebih 5,076 cawangan di 33 buah negara terpaksa akur.

Dimaklumkan, pada awalnya mereka bercadang menutup 130 cawangan, tetapi susulan kerugian yang dialami, maka jumlah penutupan butik ditambah sebanyak 170 cawangan.

Pun begitu, pencinta H&M usah gusar. Anda masih lagi berpeluang menggayakan koleksi fesyen jenama tersebut menerusi pembelian secara online.

butik tutup
BIARPUN dikecilkan jumlah butik, namun H&M masih beroperasi secara online.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan H&M, Helena Helmersson.

Iklan

Menurut beliau, kesukaran menjangkakan bila akan berakhirnya pandemik terbabit pihak H&M mengambil keputusan memfokuskan pada jualan secara atas talian (online) yang sedang mendapat permintaan mengalakkan.

Artikel berkaitan: 1,200 buah butik Zara di seluruh dunia bakal ditutup, online masih on

Terdahulu, direkodkan dua jenama popular antarabangsa seperti Zara dan Esprit juga terpaksa mengecilkan bilangan operasi butik di seluruh dunia selepas mencatatkan kerugian akibat Covid-19.

Iklan

 

Foto: www.businessinsider.com, Instagram H&M @hm