MALANG buat seorang wanita apabila diculik dan dirompak oleh seorang lelaki yang tak dikenali bersenjatakan pisau di Rowville, Melbourne, Australia baru-baru ini.

Lebih menakutkan, insiden tersebut melibatkan anak mangsa yang berusia enam bulan ketika mahu membeli-belah di sebuah pasaraya di bandar berkenaan.

Lapor Daily Mail, wanita yang dikenali dengan nama Kieren didatangi suspek ketika sedang meletakkan kenderaan di kawasan parking kira-kira jam 6 petang.

Ketika kejadian, mangsa sedang mengeluarkan anaknya daripada carseat sebelum diugut oleh lelaki yang entah datang dari arah mana bersama sebilah pisau.

diculik

Menurut laporan polis, lelaki yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 35 tahun itu memaksa Kieren untuk masuk semula ke dalam kereta dan memandu.

Mangsa sanggup menyerahkan semua hartanya termasuk dompet, telefon pintar dan kereta, bahkan merayu kepada suspek supaya melepaskan diri dan anaknya.

diculik

Pun demikian, lelaki yang digambarkan sebagai lelaki Asia itu berkeras supaya mangsa memandu keluar dari kawasan tersebut.

Nak tak nak, wanita itu terpaksa akur dengan arahan tersebut disebabkan bimbang keselamatan anaknya yang masih kecil.

Motif penculikan

Dua jam lamanya mereka berpusing-pusing sekitar bandar Melbourne sebelum penculik itu mengarahkan mangsa membeli laptop Apple MacBook.

diculik

Suspek kemudiannya menyuruh mangsa untuk singgah ke kedai elektrik di Cranbourne & Frankston untuk memberi empat unit laptop.

Baca juga Budak 6 tahun diculik lebih sebulan, ditemui dalam troli sampah. Ini kronologi kes mengejutkan

Nak dijadikan cerita, insiden menakutkan itu disedari suami mangsa selepas panggilan tidak dijawab beberapa kali.

 

Pelik dengan kelakuan isteri, suaminya kemudian mencari dan mengejar kereta menggunakan aplikasi penjejak iPhone sehinggalah sampai di kedai elektrik berkenaan.

Cerita Kieren, apa yang beliau ingat ketika itu hanyalah tangisan anaknya yang tidak berhenti-henti sebelum cuba untuk menenangkannya.

Ketika itu, suspek bertukar tempat duduk di seat pemandu manakala mangsa duduk di belakang bersama si kecil.

diculik

“Kami singgah di kedai pertama. Saya diarahkan masuk ke dalam kedai untuk membeli laptop sementara dia menunggu di dalam kereta bersama si bayi.

Baca juga Selepas 50 tahun, bayi perempuan yang diculik pengasuh kembali ke pangkuan keluarga

Iklan

“Selesai beli laptop dan masuk semula ke dalam kereta, saya ternampak suami dan terus menjerit. Saya beritahu lelaki itu ada pisau dan tak mahu suami tercedera,” ceritanya.

diculik

Pun begitu, si suami nekad untuk menyelamatkan anak, namun gagal disebabkan pintu terkunci dan masih di dalam carseat.

Mimpi ngeri pasangan itu masih belum berakhir apabila suspek terus memandu secara meluru tanpa mengendahkan kenderaan lain.

Penjenayah itu kemudian lari ke Robert Booth Reserve sebelum melepaskan Kieren dan anak pergi.

diculik

Sebelum menghilangkan diri bersama berkotak-kotak laptop, suspek sempat meminta maaf kerana merosakkan malam wanita itu.

Iklan

Peristiwa hitam itu menyebabkan wanita itu trauma dan tidak berani nak keluar rumah lebih dua minggu.

Pihak polis masih mengesan suspek yang dilihat memakai hoodie berwarna kelabu, jaket hijau, seluar hitam atau kelabu dengan kasut hitam.

Aduhai, nasib baiklah mangsa dan anak terselamat dan tidak mengalami kecederaan walaupun tanggung kerugian beribu-ribu ringgit.

Moga kejadian itu memberi iktibar kepada semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee