Dinobat Lelaki Terbaik 2023 majalah GQ, 7 info wartawan foto Palestin Motaz Azaiza

WARTAWAN, Motaz Azaiza baru-baru ini dinobatkan sebagai Lelaki Terbaik 2023 oleh majalah terkenal GQ edisi Timur Tengah bagi liputan konflik Israel-Hamas yang berterusan di Gaza.

Menurut Famous Birthdays, Azaiza kini bekerja sebagai juru gambar di UNRWA USA, dan dia memulakan kerjayanya dengan menyiarkan pelbagai gambar di Instagram.

GQ edisi Timur Tengah menerusi Instagram pada 23 November lalu mengumumkan bahawa Motaz Azaiza ialah Lelaki Terbaik.

Majalah itu menyatakan bahawa mereka mengambil kira banyak perkara sebelum memilih personaliti tersebut dan mereka menekankan individu yang membawa perubahan.

Menurut posting itu, majalah itu mengatakan mereka telah membuat pemilihan kategori itu untuk tahun ini dan mendapati Azaiza berada di bahagian paling atas dalam senarai.

“Azaiza mengingatkan kami bahawa tidak kira adakah anda berkuasa, siapa anda, dari mana asal usul anda — kita semua adalah sama.

“Manusia biasa, sama ada lelaki atau wanita, kita sama-sama boleh mengubah apa yang ingin kita lihat (dengan lebih baik),” ujar pengarang GQ, Ahmad Ali Swaid.

“Dengan sikap berani membongkar kebenaran di sebalik kuasa besar yang digeruni, kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Azaiza,” katanya.

Baca juga ‘Ibu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

INFO

1. Motaz Azaiza dilahirkan pada 30 Januari 2002, dan dibesarkan di kem pelarian di Gaza. Dia melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa dan sastera Inggeris dari Universiti Al-Azhar, Gaza.

2. Semasa mencari pekerjaan, dia memilih untuk memulakan kerjayanya di media sosial dan mula menyiarkan gambar di laman Instagram rasminya. Gambar-gambar itu memaparkan kemahiran fotografinya yang unik dan dia mengumpulkan peminat yang besar di platform media sosial untuk perkara yang sama.

3. Azaiza bekerja sebagai jurugambar untuk beberapa syarikat, termasuk pertubuhan bukan kerajaan Medecins Du Monde Suisse, MintPress News dan ABC News. Dia kemudian menyertai UNRWA USA pada Mac tahun ini dan mula merakam gambar penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik yang berterusan.

Iklan

Baca juga Emoji ‘buah tembikai’ banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin

4. Azaiza yang menjadi terkenal selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan sejak 7 Oktober lalu juga disifatkan sebagai simbol keberanian.

5. Menurut The New Arab, saudara-mara Motaz Azaiza meninggal dunia semasa serangan udara di Gaza.

6. Nama Azaiza menjadi sanjungan umat Islam di seluruh dunia selepas melihat keberaniannya berkongsi kejadian sebenar di Gaza sehingga dia perlu mencari perlindungan selepas diancam puak rejim Zionis.

Iklan

7. Azaiza kini memiliki lebih 15 juta pengikut di Instagram yang sentiasa mendoakan perjuangannya. Laman Instagram Azaiza penuh dengan gambar yang memaparkan kanak-kanak yang cedera di samping keluarga yang berduka atas kehilangan orang tersayang.

Sumber: sportskeeda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!