Kutip cengkerang, seorang ibu dapat ‘kejutan’ denda $88,000

 

NIAT cuma ingin mengutip cengkerang di pantai namun lain pula yang terjadi kepada sebuah keluarga apabila dikejutkan dengan denda sebanyak $88,000 (RM413,995).

Wanita berkenaan, Charlotte Russ berkata, anak-anaknya bermandi-manda di pantai Pismo, California sebelum mereka mengutip cengkerang yang malangnya ia ialah kulit kerang yang dilindungi.

Iklan
Iklan

“Saya benar-benar terkejut menerima denda lima angka berkenaan kerana tidak menjangkakannya.

“Lebih daripada $88,000 dikenakan akibat melanggar peraturan yang saya sendiri tidak tahu wujudnya denda ini.

“Anak-anak saya fikir mereka mengumpul cengkerang, tetapi mereka sebenarnya mengumpul 72 kulit kerang dilindungi,” katanya.

Peraturan kerang wujud untuk melindungi spesies tersebut, menurut pegawai Jabatan Ikan dan Hidupan Liar negeri, Lt Matthew Gil.

“Kita mempunyai peraturan ini bertujuan bagi ia membiak sehingga empat setengah inci supaya boleh bertelur dan menghasilkan lebih banyak setiap tahun,” katanya.

Charlotte berkata, denda itu bagaimanapun merosakkan kegembiraan mereka.

Ibu tersebut terpaksa berdepan dengan hakim San Luis Obispo County di mahkamah dan menjelaskan kesilapan keluarganya yang tidak disengajakan dan bernasib baik dapat menurunkan dendanya sebanyak $500.

Katanya, mereka tidak melihat papan tanda amaran terhadap pengumpulan kulit kerang berkenaan.

Sebagai simbolik kejadian, Charlotte membuat tatu kulit kerang di lengan dengan nombor 72 untuk mengingati kejadian itu selama-lamanya.

‘Ia pasti satu perjalanan mahal ke Pismo dan tidak dapat dilupakan,” ujarnya.

Sumber The Metro UK

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

5 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

6 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

8 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

21 hours ago