BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara P4lestin.

Ia digunakan sebagai cara memboikot selebriti dan pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Isr4el.

Gerakan yang bermula dari luar negara itu tercetus apabila pempengaruh Hailey Baylee Kalil yang memuat naik video ketika acara Met Gala dan berkata ‘let them eat cake.’

Perbuatan model yang berkenaan memakai gaun mewah semasa penunjuk perasaan  sedang berada di luar dikatakan biadap dan menimbulkan kemarahan berjuta-juta warganet.

Baca juga: Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

Baca juga: Billboard untuk iklan bisnes tapi dijadikan pesanan ingatkan P4lestin, usaha Syafiqah Aina dipuji ramai

Baca juga: ‘Saya anggap ini jihad kecil.’ Lantang bersuara P4lestin, kontrak Kaka Azraff ditamatkan

Ramai berpendapat ungkapan itu berkaitan dengan ungkapan popular Ratu Perancis, Marie Antoinette berkata ‘let them eat cake’ semasa Revolusi Perancis yang memperlekehkan golongan miskin yang kelaparan.

Menyedari ramai yang berang dengan perbuatannya, Kalil kemudian menyiarkan video pemohonan maaf menjelaskan beliau tidak dijemput ke Met Gala dan hanya menjadi hos  untuk E! News bagi menemu bual selebriti dan mencipta kandungan di luar hotel.

Malah penganjuran festival berkenaan pada waktu yang sama dengan penduduk Rafah menderita dalam ‘serangan berdarah’ Isr4el benar-benar meremukkan hati penduduk dunia.

Susulan itu, ramai yang mula ‘unfollow’ dan ‘block’ selebriti yang diikuti satu persatu supaya mana-mana jenama tidak mengambil mereka dalam rangka pemasaran dan promosi menerusi #blockoutnow.

Baca juga: 15 November kemerdekaan P4lestin, warganet selfie OOTD hijau tanda solidariti

Baca juga: ‘Mereka rampas rumah kami.’Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

Baca juga: Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah

Tidak hanya itu, warga maya juga berbuat demikian kerana ingin memberi ‘pengajaran’ kepada pempengaruh yang diam atau menggunakan pengaruh mereka tentang penderitaan P4lestin.

Terkini, kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan menyalurkan maklumat terhadap netizen tentang selebriti dan pempengaruh yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di P4lestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk dipercayai memberi sumbangan terhadap Zioni$.

Gerakan #blockout2024 mewujudkan laman Instagram yang dinamakan @blockout2024my diwujudkan di Malaysia sebagai sokongan kepada gerakan berkenaan iaitu @blockoutnow yang menyenaraikan artis-artis dunia yang perlu disekat dan diboikot atas dasar sama.

Baca juga:’Ibu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

Iklan

Baca juga: Emoji tembikai banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin

Baca juga: Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam

Mempunyai lebih daripada 11,000 pengikut, akaun Instagram @blockoutnow turut menyediakan link untuk orang ramai menderma kepada P4lestin.

Difahamkan, gerakan #blockoutNOW itu berjaya memberi impak terhadap ramai pempengaruh dan selebriti apabila majoriti mula bersuara dan memuat naik berkaitan P4lestin.

Selain itu, ada juga selebriti yang mengeluarkan kenyataan menjelaskan hal sebenar di sebalik kerjasama dengan produk yang dikatakan memberi sumbangan terhadap Isr4el.

Iklan

Sekadar info, setakat ini difahamkan lebih 30,000 penduduk P4lestin telah dibunuh oleh Zioni$ sejak pertempuran yang berlaku pada 7 Oktober lalu.

Baca juga: RM135,000, 7 minit terakhir, Hamba ALLAH pembida jam Rolex Dr Zulkifli sebak. ‘Derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, demi Palestin’

Baca juga: ‘;Sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin’ Aeril Zafrel jual Lamborghini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!