SIAPA sangka, seorang wanita di China menjadi sensasi di media sosial apabila penampilannya tak ubah seperti anak dara meskipun sudah lanjut usia lebih separuh abad.

Beliau yang dikenali dengan nama Zhenzhen berusia 63 tahun itu menjadi bualan hangat para netizen selepas berkongsi foto-foto awet muda sekali gus membuatkan ramai terpegun.

Lapor South China Morning Post, bekas pengurus projek yang viral di platform media sosial, Xiaohongshu berkenaan itu turut berkongsi rahsia kepada umum.

Untuk mendapatkan tubuh badan ideal bukanlah mudah! Wanita itu sanggup mengabdikan diri dengan aktiviti senaman gim selama lapan tahun.

Nak dijadikan cerita, beliau yang lahir pada Oktober 1960 itu mengambil keputusan nekad mahu menghabiskan masa lapang di gim secara tetap selepas bersara.

wanita anak dara

Sudah tentunya usaha keras beliau tak mengkhianati hasil apabila kini hanya mempunyai peratusan lemak hanya 17 peratus jer dengan berat 46 kilogram dan tinggi 160 sentimeter. Memang wow!

Menariknya, Zhenzhen turut berkongsikan perjalanan fitness di media sosial dan percaya bahawa signifikan penjagaan kesihatan dalam kalangan veteran.

 

“Saya percaya proses penuaan tak boleh dielakkan tetapi kita boleh melambatkan dengan mengekalkan stamina kesihatan diri dan hidup bahagia.

“Sekarang ini, saya dapat merasakan gaya hidup saya semakin baik setiap hari. Jika kita sihat dan ceria menjalani usia semakin tua, tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya penuh semangat.

wanita anak dara

Misi Nekad

Tak dinafikan, ibu kepada seorang anak lelaki itu pernah bergelut dengan kehidupan selepas bersara.

“Sudah tentu saya bimbang tiada hala tujuan hidup selepas tak bekerja dan pada masa sama, berdepan dengan proses penuaan yang tak berhujung.

wanita anak dara

“Sebab itu, saya nekad untuk habiskan masa dengan aktiviti kecergasan. Semua itu terjadi selepas saya nampak sendiri seorang lelaki tua bergelut untuk berjalan,” ceritanya.

Baca juga Anak dua tapi body persis anak dara, ini petua Shima Anuar kekal langsing

Ujarnya lagi, beliau kemudian mengambil pendekatan sendiri dengan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam setiap hari untuk latihan kecergasan di gim.

wanita anak dara

“Saya memberi tumpuan penuh kepada kekuatan dan keseimbangan badan di bawah bimbingan jurulatih peribadi. Apa yang pasti, kecergasan membuatkan saya berasa cergas.

“Saya sentiasa fokus untuk bersenam sehinggakan tak punya masa untuk memikirkan hakikat bahawa saya adalah makcik tertua di gim,” tuturnya.

Iklan

Jika diperhatikan daripada awal penglibatan dalam aktiviti kecergasan, Zhenzhen akui bahawa legging dan skirt yang ketat kini sudah menjadi longgar.

wanita anak dara

“Susuk tubuh saya berubah dan flab pada pinggang dan lengan sudah semakin mengecil. Perkembangan positif itu membuatkan saya lebih yakin.

“Pada awalnya, saya tetapkan had masa hingga 65 tahun saja untuk aktiviti senaman di gim, tapi bila semuanya berbuahkan hasil, tak mustahil saya teruskan hingga umur 70 tahun,” katanya.

Baca juga ’51 pun macam 15 tahun jer.’ Tetap awet muda, sambutan birthday Rozita Che Wan jadi perhatian ramai!

Memang hebat semangat nenek ini apabila tampil dengan tubuh lebih anggun dan bergaya.

wanita anak dara

Iklan

Tak mustahil, jika kita rajin berusaha tanpa mengenal erti putus asa, misi menguruskan badan boleh direalisasikan dengan jayanya.

Cuma itulah, musim raya yang sudah sampai ke penghujung masih banyak lagi jemputan rumah terbuka, kan?

Aduhai, mungkin lepas ini kita sudah boleh plan untuk misi kurus pula. Sedangkan nenek dari China boleh berjaya, inikan pula kita, kan? Chaiyok!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!