BERTUAHNYA badan. Pengantin lelaki di Filipina membuat kejutan untuk isterinya di hari perkahwinan mereka dengan menyediakan hadiah wang tunai berjumlah 1 juta peso (RM82,039) yang digubah menjadi permaidani.

Menurut John Clavecillas, beliaumemutuskan untuk memberikan hadiah tersebut kerana percaya pada simbolisme arrhae pernikahan, yang mewakili wang yang dikumpul bersungguh-sungguh.

“Saya menawarkan tabungan untuk kesejahteraan isteri, sehingga dia tidak perlu memikirkannya (wang) lagi,” katanya.

John juga menegaskan bahawa, wang tersebut melambangkan komitmennya terhadap pernikahan mereka.

“Bagi saya, hal ini bukanlah keputusan yang impulsif, dan hadiah wang tunai merupakan janji dan cinta untuk isteri.

“Saya ingin menunjukkan kepada keluarga dan adik-beradik yang mana ia bukan keputusan terburu-buru, sudah dirancang lama dan ini bukti saya menabung 1 juta untuk kehidupan keluarga kami di masa depan,” ujarnya.

Sebagai Pekerja Filipina Luar Negeri (OFW) di Australia, John bekerja tanpa kenal erti penat lelah dan berhemat dalam perbelanjaan demi mengumpulkan uang.

Iklan

Dia sering bekerja hampir 14 jam sehari, mengorbankan waktu tidur untuk kesejahteraan orang tuanya dan menabung untuk masa depannya.

“Pertama, saya berjanji pada diri sendiri untuk membalas budi orang tua sebelum memutuskan untuk melamar isteri.

“Selain itu, saya juga berjanji untuk menabung sejumlah wang berkenaan sekali gus memberikan kejutan kepada isteri saya di majlis perkahwinan kami,” ujar John.

Iklan

Tindakan pengantin lelaki membentangkan wang tunai untuk pengantin wanita di hari pernikahannya menjadi tular di media sosial.

“Kami gembira video ini dikongsikan oleh banyak orang. Beberapa orang terinspirasi dan mengucapkan selamat kepada kami,” ungkapnya terharu.