Pesakit disyorkan berjoget supaya cepat sembuh, pendekatan unik doktor ini bikin ramai teruja

NAK cepat sembuh daripada penyakit? Kaedah berjoget yang dipraktikkan di Palembang, Indonesia menjadi antara terapi yang dikatakan berkesan buat pesakit.

Perkara itu didedahkan sendiri Dr Ari Sardito, seorang pakar perubatan di sebuah hospital yang mempunyai pendekatan rawatan unik untuk menyembuhkan pesakitnya.

Lapor Detik.com, kaedah doktor selebriti berkenaan menjadi sensasi di media sosial selepas tular video rawatan rare beliau bersama pesakit.

Mana tidaknya, bukan rawatan biasa-biasa yang dilakukan tetapi pesakit berhibur sambil menari irama dangdut bersama doktor berkenaan di ruang bilik pesakit.

Apa yang paling lucu, Dr Ari juga turut menari penuh asyik bersama famili pesakit walaupun individu yang dirawat berada di atas katil.

Iklan
Iklan

Aktiviti itu dikatakan menjadi rutin wajib beliau ketika melawat setiap wad pesakitnya tak kira pagi, petang atau malam.

 

Malah, lagu dangdut akan mengiringi doktor yang juga pemilik akaun TikTok, @CIMOT500 berkenaan setiap kali lawatan di wad yang ditetapkan.

Dalam satu video yang dikongsikan, famili dan pesakit teruja menerima kedatangan doktor dengan lagu rancak dimainkan di ruangan wad tersebut.

Malah mereka tanpa segan silu turut menari bersama-sama sebelum doktor memulakan pemeriksaan.

Bukan satu famili jer tapi semua pesakit di dalam wad tersebut turut terhibur.

“Inilah bahaya jika dinyalakan (dibunyikan) muzik dangdut di ruangan wad. Semoga semua pasien (pesakit) diparingi (cepat) sembuh, sihat selalu dan hati yang gembira. Amin,” tulisnya.

Perkongsian video berdurasi 48 minit 51 saat oleh Radar Kediri TV juga mendedahkan tujuan sebenar Dr Ari mengambil metodologi yang lain daripada lain.

Baca juga Trend pelik TikTok, ketuk muka guna objek tumpul untuk kelihatan cantik…

Menurut pakar bedah itu, beliau berpegang kepada amanat gurunya yang mengingatkannya supaya menghargai pesakit kerana mereka sudah berani untuk datang ke hospital.

“Bukan semua berani datang ke hospital untuk rawatan, apatah lagi mengorbankan masa, kerja dan wang ringgit untuk bertemu dengan doktor.

“Sebab itu, stail saya memang lain daripada doktor lain. Ini kerana saya bukan saja mahu menyembuhkan mereka tapi bergaul mesra supaya tidak takut,” katanya.

Kaedah itu katanya juga bertujuan menghiburkan pesakit yang kemurungan yang mungkin memerlukan perhatian dengan pendekatan berbeza.

Baca juga 7 rawatan ‘facial’ untuk wajah kekal muda, poin nombor 5 dan 6 mungkin buat ramai terkesima

“Ada juga pesakit yang sudah kronik, kita cuba hiburkan mereka hingga saat-saat akhir supaya semua memori kegembiraan itu menjadi peneman,” jelasnya.

Tak sangka, memang wujud doktor sporting yang tak lekang dengan lagu dangdut sebagai penghibur pesakit di wad hospital berkenaan.

Adakah kita memerlukan seorang doktor seperti beliau di Malaysia? Apapun tanya selera masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

6 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

7 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

8 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

22 hours ago