LAZIMNYA jika kebanyakan orang mampu menjerit apabila memasuki ke sesebuah ‘rumah hantu’, kita pasti boleh bersetuju bahawa pengalaman memasuki ‘port’ seumpamanya sememangnya hebat dan menyeramkan.

Akan tetapi, memasuki bangunan yang menawarkan pengalaman berada di rumah hantu pada saat pandemik Covid-19 ini adalah tidak digalakkan.

Justeru sebuah syarikat Jepun telah mencipta daya tarikan yang mengikuti garis panduan jarak sosial, namun ia tetap sebuah rumah berhantu yang menakutkan.

Kowagarasetai, syarikat produksi rumah seram dan acara seram Jepun, mendakwa konsep itu adalah yang pertama seumpamanya.

“Dengan adanya virus koronavirus itu, saya tahu kita mungkin tidak dapat merasai melalui rumah berhantu seperti kelaziman. Sebelum ini biasanya ‘tetamu’ semua yang menjerit ketika memasuki ruang kecil dan sempit.

“Ketika saya membaca bahawa ada cara boleh ‘memandu’ melalui pengalaman seumpamanya kembali, saya rasa itu adalah masa saya membawa perubahan ini,” kata Pengasas Kowagarasetai, Kenta Iwana dari Tokyo, Jepun kepada CNN Travel.

Terjebak di garaj hitam pekat, penuh dengan zombi

Berlatarbelakangkan jalan masuk rumah berhantu yang terletak di garaj tempat letak kenderaan tertutup di sebuah bangunan usang di pusat bandar Tokyo, ia memberi pengunjung pengalaman 360 darjah berbeza.

Suasana lokasi menyeramkan itu disimulasikan dengan keadaan pengunjung yang terperangkap di dalam kenderaan, namun mula dihampiri oleh hantu-hantu zombi.

Pengunjung boleh menggunakan kereta sendiri dengan harga JPY8,000 ($ 75) atau RM317.12, atau jika tidak memilikinya (seperti sebahagian masyarakat Jepun sebab biasa guna basikal), mereka akan memberikan kenderaan dengan harga JPY9,000, atau $ 85 atau RM357.

Memandangkan hanya duduk di garaj, jadi lesen memandu tidak diperlukan.

Pengunjung boleh mematikan enjin dan penutup garaj ditutup, menyebabkan kenderaan menjadi gelap. Pemandu menerima satu set pembesar suara Bluetooth dan kisah seram bermula.

“Pada bahagian ini, ada legenda bahawa hantu menyerang manusia. Tumpukan perhatian jika anda ingin mendengar lebih banyak lagi,” maklum pembawa pengunjung dalam bahasa Jepun di luar pintu rumah hantu.

Selama kira-kira 17 minit, hantu dan zombi yang dibasahi darah bergerak menghampiri tingkap dan menggegarkan kereta.
Jika anda dengan keadaan menyeramkan itu, bagaimana anda akan melaluinya?

Perkhidmatan pembersihan darah tambahan

Disebabkan Tokyo masih dalam proses melawan gelombang jangkitan Covid-19, syarikat itu mengatakan bahawa pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pelaku dan pelanggannya.

Setiap kereta disapu dengan alkohol untuk mengurangkan risiko bagi pelakon hantu. Kereta sewa pula dilapisi plastik, yang ditukar untuk setiap pelanggan.

Selepas itu, kereta itu dibersihkan dari darah palsu (dan kemungkinan virus dari tangan ‘hantu’).

Terdapat juga pakej tambahan berdarah dengan tambahan JPY1,000 ($ 9) atau RM0.36.

Iklan

Musim panas secara tradisional adalah puncak untuk cerita hantu di Jepun. Cara yang popular untuk bersantai di malam yang panas.

Iwana mengatakan filem dan permainan yang menakutkan selalu menjadi bahagian hidupnya.

“Ibu bapa saya menyewa filem seram dan membiarkan saya menontonnya bermain ‘Biohazard’ (‘Resident Evil 7’) sejak saya berumur tiga tahun.

“Hantu seperti Pokemon bagi saya,” kata Iwana.

Sejak tamat pengajian di universiti enam tahun yang lalu, dia mengubah minatnya itu menjadi perniagaan. Rumah hantu dan thriller khas diciptanya “di mana sahaja ada yang ada permintaan” – termasuk taman hiburan, arked dan rumah persendirian.

Iklan

Ditubuhkan pada Hari Halloween pada tahun 2018, Kowagarasetai secara amnya diterjemahkan menjadi “The Scaredy Squad” dalam bahasa Jepun.

Dengan semua kekangan diri dalam masyarakat semasa Covid-19, Iwana ingin menunjukkan bahawa tidak ada apa-apa yang menghalang bagi orang untuk bersantai dan meneruskan kesukaan seperti memasuki rumah hantu.

Pengalaman rumah hantu yang bermula sebagai tarikan musim panas pada bulan Julai, dengan tiket habis dijual sejak mula dijual.

Sekarang, ada senarai menunggu lebih dari 1,000 orang, kata Iwana.

Memandangkan populariti rumah hantunya yang sangat tinggi, dia berhasrat membawanya kembali ketika suhu sejuk. Itu disebabkan, Ogos terlalu panas untuk menjalankan operasi rumah hantu. -CNN

Ada yang punya minat sama dan berani nak buat rumah hantu macam ni? -AG