KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.

Kisah menyayat hati berkenaan tular kembali selepas hampir sembilan tahun berlalu, susulan ia diangkat menjadi sebuah filem bertajuk Vina: Sebelum 7 hari yang ditayang pada bulan Mei ini di negara tersebut.

Kejadian ngeri yang menimpa gadis dikenali sebagai Vina Cirebon berusia 16 tahun ketika itu didakwa disebabkan cinta tidak berbalas.

Segalanya bermula pada 2016, sepasang kekasih iaitu Vina dan Eky ditemui maut di tepi jalan Cirebon, Jawa Barat pada malam Sabtu (27/8/2016) disangkakan kerana kemalangan.

Namun, kecederaan yang dialami Vina amat parah di bahagian kepala, badan, dan kaki, menimbulkan kecurigaan maka keluarga mangsa membuat laporan polis kerana yakin anak mereka dibunuh.

Ditambahkan lagi, terdapat saksi yang memaklumkan kejadian itu berkait dengan geng motor.

Kakak Vina, Marliana berkata, pihak polis terus membuka siasatan dan menangkap lapan daripada 11 pelaku berkenaan.

“Polis menemukan telefon pintar milik salah seorang suspek yang terdapat mesej tentang rancangan untuk memperkosa Vina.

“Awalnya cemburu tetapi akhirnya cinta ditolak. Si Egi (pelaku) sakit hati dan ingin membalas dendam.

Dalam kes tersebut, tujuh didakwa pemerkosaan dan pembunuh Vina dijatuhi hukuman seumur hidup oleh hakim pada Mei 2017 manakala seorang lagi dipenjara lapan tahun.

Bagaimanapun, memetik Tribunews, Vina dan Eky dibunuh bukan kerana isu cinta segi tiga.

Punca pembunuhan itu berlaku adalah salah faham.

Iklan

Sebelum ini Egi menjadi suspek utama tetapi selepas penangkapan suspek, Andi, merungkai persoalan menyatakan dia mempunyai masalah dengan geng motor lain bukan cinta.

Andi meminta bantuan untuk mencari geng motor tersebut.

Kemudian dalam 30 minit, pasangan itu melintasi geng motor mereka dengan Eky memakai jaket logo geng motor yang dicari Andi.

Iklan

Filem genre seram tersebut yang merupakan kisah benar itu mendapat sambutan hingga 2.1 juta orang menonton selama lima hari tayangan di pawagam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!