IBARAT perjalanan sehala dari Kuala Lumpur hingga Sungkai, seorang wanita berusia 52 tahun berjaya menamatkan larian ‘Virgin Ultra Maraton’ sejauh 120 kilometer (km) di Indonesia.

Pelari berasal dari Makassar yang bernama Fitriany Halim atau lebih mesra disapa Mak Fit itu juga meraih podium kedua dalam maraton tersebut.

“Alhamdulillah Ya ALLAH, saya dapat menghabiskan larian Virgin 120km, bangga dengan diri sendiri.

“Tidak sia-sia latihan setiap hari, pagi, petang hingga malam akhirnya terbayarkan di BinLoop Ultra 120,” katanya menerusi Instagram.

Fitriany turut bersyukur diberi kesihatan yang baik pada usia kini kerana masih mampu berlari hingga ke garisan penamat.

“Alhamdulillah boleh berada tahap ini meskipun sebahagian orang tidak seberapa lagi.

“Perjuangan yang luar biasa, kerana mampu tamatkan,” tulisnya lagi.

Iklan

Semangat kental Fitriany menjadi inspirasi kepada golongan muda, rata-rata warganet mengagumi wanita berkenaan kerana umur yang sudah memasuki lima series termasuk tubuh badan kelihatan yang ‘fit’.

“Hebat Mak Fit. Inspirasi kepada yang muda,” kata pengguna Instagram, Atikah_tsu.

Iklan

“Masya-ALLAH inspirasi wanita. Tahniah mak Fit, kata salah seorangnya, Abi Dirga.

“Ibu pelatih yg luar biasa,” kata seorang lagi pengguna, Hartano.