SEORANG wanita bertindak berani apabila membina ruang kediaman di atas bumbung sebuah pasar raya di Midland, Amerika Syarikat tanpa pengetahuan orang termasuk pengurusan.

Rahsia itu bagaimanapun terbongkar apabila kontraktor menjalankan pembaikan di atas bangunan tersebut.

Pegawai Polis Midland, Brennon Warren berkata, wanita berkenaan didakwa tinggal di dalam papan tanda yang terletak di atas bumbung pasar raya tersebut selama setahun.

“Kami menggelarnya sebagai ninja kerana berjaya mengaburi mata orang ramai.

“Malah, terdapat komputer dan mesin pembuat kopi dalam rumah. Dia telah membina kediaman,” katanya.

Wanita itu mencipta ‘rumah’ berbentuk segi tiga, yang boleh diakses melalui pintu kecil.

Brennon berkata, selain mesin pembuat kopi, pencetak dan komputer, wanita itu juga mempunyai meja mini serta pakaian.

Iklan

“Tidak jelas bagaimana dia dapat mengakses bumbung, malah orang pernah melihatnya dari semasa ke semasa dan kemudian secara tiba-tiba akan hilang.

“Tiada siapa yang tahu ke mana wanita itu pergi bahkan menyangka bahawa dia akan berada di atas bumbung,” katanya.

Iklan

Wanita itu dilaporkan bersetuju untuk pergi sejurus selepas polis berbincang dengannya dan dinasihatkan untuk tidak kembali dan membawa hartanya.

Tiada pertuduhan telah difailkan.