16 tahun menanti zuriat, bukan tempoh yang singkat, namun kalau sudah rezeki takkan ke mana.

Penantian sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata sendiri akhirnya berakhir bila mana sang isteri kini disahkan hamil anak sulung.

Apa yang membuatkan pasangan itu sebak dan terharu, berita gembira tersebut diperoleh Ketika mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-16.

Baca ni Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

hamil
Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana doa dan harapan selama ini sudah dimakbulkan oleh YANG MAHA ESA.

Demikian kisah pasangan tersebut yang memuat naik kisah mereka menerusi laman TikTok milik haznierozleen baru-baru ini.

“Memori yang tak dapat dilupakan.. 😭Penantian ke 16 tahun perkahwinan kami, akhirnya Allah hadiahkan Kami REZEKI TERAGUNG! 😭

“SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR! Berliku-liku rawatan kesuburan yang kami lalui.. KUNFAYAKUN.. Apabila Allah kata YA! Maka wujudla DIA.. ALLAH turunkan kami dengan rezeki Natural Pregnancy..

“ALLAH ALLAH ALLAH! Syukur Kami kepadaMU, BERTAPA BESAR dan CANTIK segala percaturanMU..

“Betapa BESAR nya hadiah mu untuk kami ditahun ini.. 😭 Kupanjatkan doa lagi dan lagi padaMU agar kau jagakan anak yg aku kandung ini dengan sebaik yg mungkin sihat sempurna membesar di dalam rahimku.. Sehinggala dia lahir kedunia ini melihat Ibu Ayah dan keluarga Nya.. Aminnnn YRA,” tulisnya menerusi kapsyen.

Baca juga Tahniah! Syafiqa Melvin hamil 4 bulan, warga maya puji seri ibu mengandung

hamil 1

Menurut sang isteri yang dikenali sebagai Haznie Rozleen Haron, beliau terdetik untuk membuatujian kehamilan selepas haid datang lewat dan merasakan perubahan luar biasa pada tubuhnya.

Menerusi video tersebut, bakal ibu itu menceritakan dari awal sejak dirinya mula merasakan tanda-tanda luar biasa pada badan sendiri. Disebabkan itu, Haznie nekad membeli beberapa jenis pregnancy test walaupun sudah fobia dengan harapan palsu.

Iklan

Pertama kali melihat dua garis pada pregnancy test tersebut, tiada kata yang mampu beliau ungkapkan Ketika itu

“Masa line pertama appear ok, saya sabar lagi. Bila tiba-tiba line kedua mula appear, saya dah tak keruan. Yang keluar dekat bibir masa tu hanya nama Mu Ya Allah Ya Tuhanku!

Baca lagi Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

hamil 2

“Lepas tu cakap kat adik saya tak yakin, risau kalau test kit tu rosak. Ok try lagi test yang lain. Walaupun adik time tu dah yakin 100% kakak dia pregnant, ok sabar. Dalam hati macam nak pecah dah degupannya.

Iklan

“Test lagi sekali. Subhanallah, Allahuakbar! No words to say, hanya air mata saja yang gugur. Pertama kalinya dalam 16 tahun usia perkahwinanku test kit naik double line,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!