Anggap hadiah anniversary, Fedtri Yahya luah rasa syukur anak selamat berkhatan. ‘Budak apam menuju dewasa’

SETIAP kali tibanya musim cuti sekolah, selain dapt meluangkan masa bercuti bersama-sama, inilah masanya  ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak lelaki mereka.

Pengacara, penerbit dan penulis lirik terkenal, Ahmad fedtri Yahya antara yang tidak ketinggalan melunaskan tanggungjawab buat anak lelakinya, Ahmad Willdan Arjuna.

“Alhamdulillah. Syukur. Selesai.
Hadiah anniversary tahun ni: Arjuna dah bersunat! 😍🤲

“Budak apam menuju dewasa 😀

Menurut fedtri Yahya, beliau bersyukur kerana proses tersebut berjalan lancar dan anaknya selamat dikhatankan. Pada masa sama, bapa kepada empat cahaya mata itu berterima kasih kepada doktor yang merawat anaknya.

Baca ni Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

“Terima kasih Dr Razak, KPJ Damansara 2.

Iklan
Iklan

Lancar semuanya….

“First time. Jadi daddy terlebih ngilu.

Demikian perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara terkenal itu.

Dalam hantaran yang sama, anak kelahiran Pantai remis, Perak itu turut berkongsi gambar momen tersebut.

****************************************

SinarPlus turut membuat pencarian berkenaan cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan.

Berikut beberapa tip yang dikongsikan menerusi portal hello doktor:

1. Buka balutan
– Dalam tempoh selepas 48 jam atau dua hari selepas berkhatan, pastikan luka balutan gauze dibuka.
– Untuk dua hari pertama, anda perlu memastikan hujung lubang penis di basuh dengan bersih setiap hari selepas kencing.

2. Cucian luka
– Selepas menanggalkan balutan gauze itu, luka pada penis perlu dicuci dengan rapi. Proses ini dinamakan sebagai wound dressing.
– Anda boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik.
– Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Pastikan bahagian luka sunat tersebut sentiasa kering.

Baca juga Anak sulung Fedtri Yahya raih keputusan 8A UPKK. ‘Alhamdulilllah, tahniah. Kakak kerja keras’

3. Jangan kopek
– Pastikan bahagian kuping luka tidak digosok atau disental dengan kuat. Kuping itu biasanya akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci dan terkena air semasa mandi.

4. Kuping melekat
– Jika kuping luka melekat dan tidak tertanggal, terdapat langkah yang boleh dilakukan.
– Rendam penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari.

Kredit foto: Sinar Harian

5. Zakar bengkak selepas sunat
– Selepas berkhatan adalah menjadi kebiasaan untuk penis anak menjadi sedikit bengkak.
– Keadaan bengkak itu juga dikenali sebagai bentan dalam kalangan kaum Melayu. Walaupun situasi ini adalah biasa untuk berlaku, tetapi terdapat beberapa simptom dan gejala yang perlu diperhatikan, seperti:

– Bengkak terlalu besar
– Kulit sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
– Terdapat cecair likat seperti nanah
– Rasa berdenyut dan sakit
– Terasa sakit ketika kencing
– Kawasan luka berdarah
– Demam
– Jika berlaku simptom di atas, anak berkemungkinan besar mengalami jangkitan. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk dapatkan cara hilangkan bengkak selepas bersunat.

Baca lagi ‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

6. Pemakanan, dalam aspek penjagaan selepas bersunat.
– Sebaiknya pastikan anak anda tetap diberikan makanan berkhasiat dan bernutrisi.
– Cara penjagaan selepas berkhatan ini adalah untuk memastikan luka segera sembuh. Pastikan anda memberikan anak air kosong yang mencukupi supaya kekal hidrasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

5 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

6 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

8 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

21 hours ago