KETIKA dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, setiap hari kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita. Jadi waktu inilah serba sedikit kita boleh membantu anak-anak kita berbahasa Inggeris dengan baik.

Berikut merupakan tip untuk memperkenalkan bahasa Inggeris ini pada anak-anak kecil anda di rumah.

1.Berkomunikasi

Ibu bapa merupakan insan yang sentiasa bersama anak kecil. Jadi amalkan berkomunikasi dengan anak anda dalam bahasa Inggeris. Mula berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan anak secara bertahap.

Mulakan dengan sesuatu yang mudah seperti perkara yang sering dilakukan oleh anak anda seperti ‘sit down’, ‘play’, ‘sleep’. Mula dengan memperkenalkan perkataan satu demi satu sebelum terus ke tahap ayat yang penuh untuk anak membiasakan diri mendengar stuktur ayat dalam bahasa Inggeris.

2.Gerak tubuh

Anak yang masih baru ingin belajar pastinya masih terpingga-pingga dan keliru. Justeru, ibu bapa lakukan juga pergerakan tubuh badan ketika berkomunikasi dengan anak. Seperti ‘let’s sleep’ lakukan pergerakan tangan di sisi kepala menunjukkan perbuatan tidur agar anak lebih mudah memahami.

3.Program televisyen berbahasa Inggeris

Iklan

Buka rancangan televisyen berbahasa Inggeris agar anak-anak anda terbiasa mendengar bahasa-bahasa yang dilontarkan dalam bahasa Inggeris. Di samping, banyak kosa kata baru yang dapat anak anda belajar nanti.

4.Permainan dalam bahasa Inggeris

Banyak permainan dijual dalam bahasa Inggeris seperti kad menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Bermainlah permainan ini dengan anak-anak anda. Ini pasti dapat lebih membuka minda dan mengajar anak anda untuk lebih mahir dalam bahasa Inggeris.

Iklan

Ini antara cara bagaimana ingin mengajar anak kecil pandai berbahasa Inggeris. Waktu kecil ini bagus untuk kita mengajar mereka kerana otak mereka masih mudah untuk menerima pembelajaran baharu. Kepada ibu bapa di luar sana jangan lupa lakukan ini ya.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Pa&Ma/ unsplashn