Dulu kereta mewah, kini pelakon Saharul Ridzwan jual rumah pula. ‘Dengan pengorbanan akan datang kemanisan’

JIKA sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan menjual kenderaan mewah miliknya.

Ujar pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu, keputusan menjual Mercedes Benz E Class itu dilakukan setelah lima tahun memilikinya.

Beliau sudah mempunyai perancangan untuk menjual keretanya sejak tahun 2021 lagi. Ini kerana, kereta itu hanya digunakan sewaktu dia pergi ke set penggambaran dan selebihnya ‘tersadai’ di rumah sahaja.

Terbaharu, pemilik nama sebenar, Muhammad Saharul Ridzwan Hashim itu dikatakan menjual rumah kediamannya yang terletak di Cyberjaya.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya, pelakon drama Hati Perempuan itu memberitahu yang rumahnya kini susah ada pembeli.

Akui bapa kepada tiga cahaya mata itu, biarpun rumah itu mempunyai banyak kenangan indah namun, beliau tetap mahu menjualnya.

Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain,” ujarnya. 

Pun demikian, beliau bersyukur kerana segala urusan jual beli berjalan lancar dan dipermudah.

Pada masa sama, aktor itu berharap pengorbanan yang dilakukan itu dapat memberi hikmah buat dirinya dan keluarga.

Alhamdulillah. Dengan pengorbanan, akan datangkan kemanisan. InsyaAllah, doakan semoga dipermudahkan kami dan untuk bakal pemilik baru ini khususnya,” titip Saharul lagi.

Perkongsian Saharul meraih perhatian ramai.  Rata-rata warganet menitipkan doa kesejahteraan buatnya dan berharap terus istiqomah.

‘Saharul ridzuwan ni lah saya nampak artis yg betul2 hijrah mencari ilmu dan amal ilmunya,dia melepaskan dunia sedikit demi sedikit,semoga sentiasa istiqomah.’

‘Saya pun dh jual rumah 5 thun lalu..sumpah tenang tiada hutang. jual tanpa ada rumah lain.lps jual menyewa.’

‘Semoga Allah mempermudahkan semuanya & menggantikan dgn yg lebih baik…🤲🏻.’

‘Suka betul tgk ramai artis dah back to track.. biase la kiter manusia tgelincir tue perkara biase.. semoga trus istiqamah yer semua 🤲🏻👍🏻.’

‘Si isteri pon sama hebat. Terbaik bimbingan suami utk keluarga. Kebiasaanya perkara2 yg melibatkan harta ni perlu persetujuan yg baik dari suami isteri bersama.’

‘Bila iman didada semakin menebal… Allahuakbar..nak bersederhana dalam segala hal.’

Sumber: TikTok Saharul Ridzwan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

5 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

6 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

8 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

22 hours ago