Seorang penoreh getah tidak menyangka bahawa dia terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.

Memetik laporan Sinar Harian, langkah menyimpan wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu membawa tuah kepada Johni Satur.

penoreh getahLelaki berusia 57 tahun itu juga menjadi orang ke-199 menerima RM1 juta dan yang pertama bagi tahun ini di Sabah.

“Pada mulanya saya menyimpan wang yang dikeluarkan dari KWSP pada tahun 2022 di bank atas nasihat anak kedua. Itu pun sebab mereka bimbang jika saya ditipu oleh scammer.

“Kemudian pada minggu lalu, saya telah dihubungi mengatakan saya telah memenangi wang RM1 juta. Memang agak terkejut sehingga menggeletar seluruh badan selain takut kerana ada juga terfikir ia mungkin scammer.

jutawan“Tetapi selepas diperiksa di kaunter bank, memang betul saya mendapat cabutan SSP tersebut,” katanya.

Maklumat tersebut sepatutnya dimaklumkan sejak April lalu tetapi gangguan talian telefon yang dialami di kawasan kampungnya menyebabkan ia baru diterima bulan ini.

“Bulan April lagi telah dimaklumkan cuma saya tidak dapat dihubungi sebab tiada liputan telefon seperti yang berlaku hari ini. Kalau tiada bekalan elektrik, talian telefon automatik terputus,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Beliau dalam pada itu berhasrat untuk membina sebuah rumah lain selepas menerima wang tersebut.

penoreh getah jutawan

“Rumah saya ada kerosakan termasuk bocor di beberapa bahagian, kalau mahu tambah pun kawasan halaman rumah memang sempit jadi saya akan membina rumah di tapak lain.

“Selain itu, wang tersebut akan digunakan untuk pendidikan anak-anak memandangkan ada dua lagi anak saya masih bersekolah iaitu berada di Tingkatan Enam dan juga Tingkatan Satu.

Iklan

“Umur saya pun sudah lanjut, jadi dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang hanya RM500 sebulan mungkin tidak akan mencukupi membiayai pelajaran anak-anak,” ujarnya.

penorehJohni juga mengucapkan terima kasih kepada pihak bank kerana memberi peluang kepadanya merasai pengalaman sebagai jutawan walaupun dia hanya orang kampung biasa.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall  sekarang!