MAJLIS iftar atau berbuka puasa, bufet berbuka puasa dan majlis sahur adalah antara aktiviti yang menjadi kebiasaan setiap kali Ramadan. Iftar dan sahur kerap menjadi ruang untuk berkumpul ahli keluarga dan meraikan.

Bagaimana pun, acara ini tidak dapat dilakukan pada tahun 2020 lantaran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan pandemik Covid-19.

Setelah setahun berlalu, Majlis Keselamatan Rakyat (MKN) akhirnya mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) untuk majlis berbuka puasa, bufet berbuka puasa dan sahur.

Waktu operasi

Bagi negeri yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) penganjuran majlis atau bufet berbuka puasa dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam atau mengikut syarat lesen atau permit perniagaan.

Manakala bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), penganjuran dibenarkan seperti biasa atau mengikut syarat lesen atau permit perniagaan.

Bagi kedua-dua negeri PKPB dan PKPB, hotel, restoran, kedai makan, coffee house yang menyediakan juadah sahur dibenarkan melanjutkan operasi sehingga 6.00 pagi.

Artikel lain: Sahur Tak Perlu Jadi Macam Unta! Kevin Zahri Kongsi Tip Cergas Dan Slim Semula Di Bulan Puasa

Kapasiti tetamu / pelanggan

Bagi negeri yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jumlah tetamu atau pelanggan dihadkan kepada 50% kapasiti ruang majlis atau dewan. Manakala bagi majlis atau bufet iftar dan bersahur di kedai makan, restoran atau coffee house ialah pada kapasiti 100% dengan penjarakan fizikal.

Manakala bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), penganjuran dibenarkan seperti biasa atau mengikut syarat lesen atau permit perniagaan.

Manakala bagi majlis berbuka puasa dan sahur di masjid dan surau adalah tertakluk kepada kebenaran dan SOP Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-Negeri.

3 protokol penganjur / pengusaha mesti patuh
Pihak penganjur atau pengusaha perlu mematuhi tiga garis panduan yang ditetapkan oleh MKN. Antaranya ialah memperbanyakkan tempat atau stesyen hidangan bufet bagi mengelakkan tetamu atau pelanggan tertumpu atau bersesak-sesak pada satu tempat sahaja.

Selain itu, makanan pula yang disediakan mestilah dalam keadaan siap berbungkus atau pack-food, siap terhidang. Dome setting atau bufet pula perlulah diselia pramusaji atau pekerja yang berperanan untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu atau pelanggan.

Pramusaji yang bertugas diwajibkan memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan.

Iklan

Imbas MySejahtera

Langkah ini adalah SOP asas yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha atau penganjur dengan kerjasama daripada tetamu / pelanggan. Mereka perlu mendaftarkan tetamu atau pelanggan mereka menggunakan aplikasi MySejahtera atau merekodkan secara manual nama dan nombor telefon sekiranya tempat berkenaan berada di kawasan yang tiada liputan Internet.

Proses kehadiran

Bagi meminimumkan kontak, laluan khas keluar dan masuk dikhaskan. Selain itu perimeter kawasan majlis ditetapkan dan dilabel secara jelas.

Kaunter pendaftaran hendaklah diwujudkan di pintu masuk untuk mengenalpasti bilangan kehadiran, memeriksa suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak, selesema dan sesak nafas. Tetamu atau pelanggan dengan suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala adalah tidak dibenarkan masuk.

Kerjasama kedua-dua pihak iaitu pengusaha/ penganjur dan pelanggan/ tetamu amatlah diharapkan. Kedua-dua pihak diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Iklan

Sembang dekat dilarang

Tetamu atau pelanggan hendaklah makan dalam kedudukan penjarakan satu meter dan tidak berkumpul. Sembang dekat semasa makan adalah dilarang.

Dari segi pemilihan tempat duduk, korang sebagai pelanggan atau tetamu perlulah mengambil tempat duduk yang ditanda dan ditetapkan oleh penganjur / penguasaha.

Semoga dengan pematuhan SOP ini kita dapat membendung penularan pandemik Covid-19 yang kian meningkat. Ingat, setiap seorang daripada kita memerlukan antara satu sama lain untuk melakukannya. Ayuh bersama patuhi SOP, kita jaga kita.

Sumber: MKN