Manjakani bukan sejenis buah, tapi keradangan atau bengkak disebabkan telur yang disuntik serangga

BARU-BARU ini tular perkongsian oleh seorang doktor terkemuka dalam negara yang mengetengahkan tentang fakta manjakani yang dikatakan bukan sejenis buah. Ia mendapat banyak respons dalam kalangan warganet yang terkejut dengan fakta itu.

Jika kebiasaan ramai pembuat jamu sebelum ini mendakwa mereka menghasilkan jamu daripada buah, namun ia bukan buah-buahan, katanya.

Sebaliknya fakta tidak diketahui ramai, sebenarnya ‘buah’ itu terhasil daripada sejenis keradangan atau bengkak disebabkan telur yang disuntik dari serangga gall wasp.

Itu antara yang dikongsikan dalam artikel tulisan, Pakar Kimia, Dr Che Puteh Osman, yang disertakan pakar obstetrik terbabit.

Buat mereka yang belum tahu akan fakta mengejutkan tentang buah yang sering dimanfaatkan dikatakan untuk mengetatkan bahagian intim wanita itu, ini yang dikongsikan Dr Che Puteh:

BENARKAH MANJAKANI ‘MENGETATKAN’ DAN BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA?
Updated: Jun 11

Manjakani atau Quercus infectoria atau Quercus lusitanica bukanlah sejenis buah asli dari pokok oak antaranya Allepo oak dan Lusitanica oak.

Iklan
Iklan

Ia sebenarnya sejenis keradangan atau bengkak disebabkan telur yang disuntik dari serangga gall wasp (saya tidak tahu apa nama serangga ini dalam Bahasa melayu) pada kulit pokok oak. Ia berasal dari Timur tengah seperti Turki, Iran, Iraq, Syria dan Lebanon.

Telur ini akan menetas di dalam bengkak atau tumor ini, dan akan keluar dengan membuat lubang dari buah ini. Proses pembengkakan ini menghasilkan tannins yang sangat tinggi, antaranya gallic acid, ellagic acid dan methyl gallate. Dianggarkan terdapat sekitar 50-70% gallotannins, gallic acid dan ellagic acid di dalam ekstrak manjakani.

Hai, saya sejenis tumor. Imej dari pixabay

Manjakani digunakan secara tradisi bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan keradangan. Antaranya berkumur dengan air rebusan manjakani untuk menghilangkan tonsillitis. Manjakani bersifat astringent, iaitu mempercepatkan pengecutan tisu badan dan kulit disebabkan kehadiran tannins yang sangat tinggi.

Namun, dalam masa yang sama ia menyebabkan kekeringan disebabkan tannins ini mengikat protein membran mukosa. Dalam beberapa kajian ke atas tikus, ekstrak manjakani mempercepatkan penyembuhan luka dipercayai disebabkan ia membataskan pertumbuhan bakteria di kawasan luka.

Beberapa kajian di dalam piring petri dan model menunjukkan ekstrak manjakani menunjukkan sifat anti-keradangan melalui beberapa kaedah.

Ekstrak manjakani juga memberikan meningkatkan penyembuhan luka tikus diabetes. Di dalam perubatan tradisional Thailand, ekstrak manjakani digunakan bagi merawat masalah ulcer dan cirit birit.

Selain itu, ekstrak manjakani digunakan sebagai bahan kumur untuk merawat tonsillitis dan gingivitis. Terdapat dua kajian klinikal menggunakan formulasi ubat gigi beberapa herba termasuk manjakani mengurangkan simptom gingivitis, mengurangkan plak dan bakteria anaerobik.

Ekstrak manjakani menunjukkan sifat antibakeria terhadap pelbagai jenis bakteria dalam pengujian piring petri, termasuk multiple antibiotic resistant Helicobacter pylori, methicillin resistant Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.

Aktiviti antibakteria ini disebabkan kandungan tannin yang tinggi yang dikatakan melemahkan membrane sel bakteria.

Ini semua saya punya kerja. Imej dari Wikimedia Commons

Ini menjelaskan amalan yang diturunkan turun-temurun untuk merawat keputihan yang disebabkan jangkitan Candida sp.

Masalah yang anda sangkakan keputihan kemungkinan bukanlah seperti yang anda sangka. Oleh itu, dapatkan pemeriksaan doktor yang bertauliah.

Terdapat rawatan yang berkesan dan selamat di hospital, menggunakan antifungal atau antibiotik yang ditemui dari sumber alam juga.

Adakah manjakani ‘mengetatkan’? Ya, saya berpendapat ia boleh mengetatkan jika diletak terus ke kawasan tersebut disebabkan kehadiran tannins yang tinggi.

Vagina memang sejenis organ yang bersifat self cleansing, sebab ia ia sentiasa lembab dengan flora mikroorganisme tersendiri bagi memelihara kesihatannya.

Penggunaan manjakani boleh menyebabkan kekeringan yang serius kerana tannins mengikat protein di membran mukosa.

Perubahan ini mengganggu keseimbangan mikroorganisme di kawasan tersebut dan meningkatkan risiko jangkitan oportunistik pada kawasan vagina.

Pengambilan gallotannins pada jangka masa lama boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Ia boleh memberikan kesan iritasi pada mukosa gastrik, muntah dan cirit birit dan menyebabkan kesan pengecutan berlebihan kepada membran mukosa.

Asid tannik boleh menyebabkan kecederaan hati yang berbahaya jika digunakan ke atas kesan terbakar atau sebagai bahan enema. Tannins boleh menghalang penyerapan zat besi oleh badan dan menyebabkan anemia.

Ini kerana tannins adalah sejenis sebatian kimia bersifat mengikat zat besi membentuk sebatian kimia kompleks dan mengurangkan penyerapan besi oleh badan.

Tiada asas untuk mengambil manjakani setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan, kononnya untuk kesihatan wanita, sedangkan pengguna tidak memerlukannya. Kita pun tidak membuat alignment dan balancing kereta setiap bulan.

Semoga bermanfaat.

Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry).

Share
Azimah

 

Published by
Azimah
Tags: manjakani

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

3 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

3 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

3 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

4 days ago