MUNCUL desas- desus yang mengatakan pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa baru melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan usahawan, Aliff Awang.

Pun demikian, tuan punya badan dikatakan belum bersedia untuk memberikan sebarang jawapan berhubung perkara tersebut.

Sekadar makluman, wanita berusia 29 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

fatin afeefa

Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar, Fatin Nur Afifah Shamsudi itu berkata, beliau akan berkongsi mengenai berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai kelak.

“Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga. Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan.

“Saya belum bersedia untuk berkongsi memgenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi, insya-ALLAH akan kongsi dalam masa terdekat,” katanya.

fatin

Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE dan pelantikan beliau sebagai duta produk berkenaan.

Menyentuh mengenai penampilan dirinya yang kini tampil berhijab, pelakon filem Tentang Bulan itu mengakui kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik.

“Saya pun tiada membuat sebarang kenyataan bila dan punca saya tergerak hati untuk bertudung. Saya tak nak orang kata menunggang agama.

fatin afeefa 1

“Sebelum ini, saya selalu cakap sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik. Adakalanya saya memakai jubah dan bertutup habis dan ada masa pakaian saya biasa-biasa sahaja,” ujarnya yang mula bertudung sejak pulang daripada umrah tahun lepas.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan kedua itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum itu,Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

Mengulas lanjut pembabitan beliau sebagai duta produk  L.SOULLE, segalanya bermula selepas beliau mencari produk penjagaan kulit wajah.

Iklan

fatin afeefa 4

“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi.

“Justeru, saya cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia.

“Alhamdulillah okay. Sementalah, saya memang tak suka ambil produk sembarangan,” ujar Fatin lagi.

L.Soulle ialah jenama penjagaan kulit kecantikan yang terdiri daripada lima jenis produk Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.

Iklan

Sehingga kini, produk berkenaan telah berjaya menembusi pertubuhan runcit Korea yang terkenal termasuk Lotte Duty Free dan kedai “pop-up” cawangan Hyundai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus.  Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!