‘Hadiah berharga daripada anak…’ Perkongsian Aidid Marcello meraikan kejayaan anak sulung bikin sebak ramai

BUKAN mudah untuk ibu bapa berjauhan dengan anak-anak, namun itulah ketetapan yang dilakukan oleh personaliti televisyen, Aidid Marcelo dan isterinya, Norzie Pak Wan Chel apabila mengambil keputusan memberhentikan anak mereka daripada sekolah biasa untuk dihantar ke tahfiz.

Namun, ternyata keputusan yang dilakukan itu cukup berbaloi dan membuahkan hasil kini.

dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Aidid berkongsi luahan rasa terharu selepas anak sulungnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalma tempoh 11 bulan di sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

Lebih membahagiakan apabila anak mereka bernama Iman antara pelajar yang menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di akademik tersebut.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, xda apa lagi dah hadiah yg lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami.

“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni.

Sebagai ayah, tiada yang lebih bermakna daripada melihat zuriatnya berjaya.

Justeru, personaliti media sosial itu menitipkan doa supaya anaknya menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik.

“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan Al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah xda nanti.

“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis disini bukan utk riak tetapi sebagai tempat utk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” ungkapnya.

Pada masa sama, Aidid meluahkan rasa gembira kerana pengorbanan mereka suami isteri membuahkan hasil.

“Doakan juga kepada maka ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak sedang habiskan Al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang Al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah.

“Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil 😍

#aididitmyway #tahfiz #alhamdulillah #akademiakmal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

11 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

12 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

14 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

15 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

17 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago