TIPULAH kalau tak teruja apabila rumah idaman dapat dibangunkan dengan begitu indah, hasil titik peluh sendiri.

Lagi seronok kalau kediaman tersebut dapat dibina di atas tanah sendiri. Tak perlu nak berkongsi lot dengan orang dan mempunyai kawasan yang luas.

Pun demikian, jika salah perhitungan, silap hari bulan teratak yang kita impikan berdepan dengan banyak masalah.

Lagi-lagi kalau kawasan penempatan tersebut berisiko banjir atau tanah mendap. Agak bahaya kerana kita merancang untuk tinggal lama di rumah sendiri, kan?

rumah idaman

Pengguna TikTok, Firdaus Ahmad berkongsikan tip penting untuk mereka yang merancang untuk membina rumah di tanah sendiri.

Pertamanya untuk mengukur ketepatan tapak benar-benar mengikut ukuran sempadan yang ditetapkan, beliau menggunakan kaedah mozek bersaiz segi empat tepat.

rumah idaman

Ujar Firdaus, pendekatan tersebut bukanlah tepat 100 peratus, namun boleh membantu pemilik untuk menyemak kawasan tapak yang sudah dipacak dengan tali pengukur.

“Selain itu, level tanah juga penting dan perlu diperiksa terlebih dahulu. Side rail diguna pakai untuk tahu ketinggian setiap penjuru bahagian sama.

 

“Ini adalah kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan kontraktor tempatan menggunakan paip air. Kalau tengok level air, ia tak akan menipu,” katanya.

Selain itu, banyak juga tip yang dikongsikan individu prihatin di media sosial buat mereka yang sudah siap sedia untuk masuk ke rumah baharu.

Berikut pantang larang yang berguna sebagai panduan untuk kalian:

rumah idaman

i) Tak perlu buat wainscoting pada dinding jika anda jenis yang malas untuk cuci habuk.
ii) Pastikan pintu rumah tidak menghala ke arah jalan demi menjaga privasi keluarga.
iii) Rumah biar kecil tapi bumbung tinggi untuk pengudaraan lebih baik.

Baca juga Bina rumah impian dalam pesawat melalui YouTube, lelaki ini sanggup belanjakan wang simpanan lebih RM1.16 juta

Iklan

rumah idamaniv) Pastikan bibir singki terletak di bawah table top supaya air basuhan mudah dibersihkan.
v) Lubang untuk saluran penapis air dibuat pada table top supaya ruang tak semak dengan wayar berselirat.

rumah idamanvi) Lagi satu, punca air khas untuk penapis perlu ada di bawah singki. Lagi bagus guna dua mangkuk singki berbanding single.
vii) Tempat dapur memasak perlu lebih rendah 5 inci berbanding pinggang.

Baca juga Peruntuk lebih kurang RM120,000 untuk bina rumah stail kontena. Siap ada kafe mini lagi

rumah idamanviii) Sistem kumbahan dan perparitan paling penting supaya saluran tak tersumbat.
ix) Suis perlu disusun rapat dan banyak di tempat tumpuan terutamanya di kawasan table top.
x) Paras lantai kalau boleh sama sahaja untuk semua ruang dan pemilihan warna cat lebih baik satu ton sahaja.

rumah idaman

Banyak lagi panduan yang dikongsikan di media sosial yang boleh anda ikut jika sesuai dengan reka bentuk rumah idaman.

Iklan

Paling penting, modal beratus ribu ringgit yang dilaburkan untuk membina banglo atau vila berbaloi untuk jangka masa panjang. Betul tak?

Okey, moga tip berguna untuk kalian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang