Lakukan wheelbarrow walk dengan anak kecil, bagus untuk tingkat kemahiran, otot dan sensori mereka. Ibu ayah kena cuba…

PERNAHKAH anda sebagai ibu bapa melakukan aktiviti wheelbarrow walk bersama anak-anak? Kalau pernah, ia bagus sangat tau!

Ia diakui oleh Jurupulih Cara Kerja, GymCademy, Melaka, Siti ‘Aisyah Rozalli yang mengatakan wheelbarrow walk itu merupakan antara pilihan aktiviti yang dekat sangat pada hati para occupational therapist

Namun, jika ibu bapa tidak pernah melakukannya, bolehlah mencuba aktiviti itu di rumah dengan anak-anak yang seawal usia dua tahun.

Iklan
Iklan

Berikut beberapa kelebihan yang boleh didapati apabila melakukan aktiviti wheelbarrow walk seperti yang ditulis Siti Aisyah menerusi laman Facebooknya:

1. Meningkatkan kemahiran sosial (komunikasi).

  • Semasa kita mengajak anak membuat aktiviti itu dan pada waktu tersebut mereka akan memberitahu arah (jalan) yang ingin ditujui. Dari situlah kemahiran sosial tercetus dengan sangat bagusnya.

2. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah.

  • Semasa anak-anak melaraskan tangan dan badan supaya sampai ke destinasi sambil berjalan seperti gaya tersebut, mereka akan membuat perancangan dalam otak.

“Lazimnya, tindakan itu dipanggil sebagai motor planning. Pada masa itu, sel-sel otak anak memang berhubung aktif. Tak payah susu mahal tau!” ujarnya.

3. Tingkat kekuatan otot.

  • Anak-anak akan menampung berat badan mereka dengan menggunakan tangan dan otot-otot utama (core muscles) yang memainkan peranan untuk duduk lebih lama di atas kerusi semasa belajar selain dapat mengaktifkan juga otot menulis.

4. Rangsangan sensori.

  • Bukan setakat sensori sentuhan dari lantai, sensori mata, pendengaran, sensori pergerakan anak semuanya aktif semasa wheelbarrow walk
    dilakukan. Sensori yang aktif adalah penting untuk anak boleh belajar kemahiran dengan baik.

5. Fokus mata meningkat.

  • Semasa anak membuat wheelbarrow walk, terdapat satu elemen yang dikenali sebagai oculo-vestibular yang akan sangat aktif.
  • Sebenarnya, ocula-vestibular yang akan mempengaruhi keseimbangan kepala dan mata fokus anak-anak ketika kepala bergerak.

“Ini penting untuk anak kita boleh menyalin daripada papan hitam dengan baik nanti,” katanya.

Namun, pesannya, teknik yang betul semasa bermain perlu betul.

“Caranya, ibu bapa tidak boleh berdiri tegak, sebaliknya perlu berjalan melutut dan pastikan kaki anak melebih kurang 90 darjah,” tambah beliau.

Jadi, buat ibu bapa di luar sana, bolehlah mencuba melakukan aktiviti itu bersama anak-anak di rumah apabila tiba waktu beriadah nanti.

Semoga bermanfaat!

Foto: themotorstory.org/

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

1 week ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

1 week ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

1 week ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

1 week ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

1 week ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

2 weeks ago