‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

‘MAMA pergi mana?”

Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang berusia empat tahun ketika upacara pengebumian Laskar Kanan Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) itu di Kampung Engkaroh, Tebakang, Serian, Sarawak.

Tular di laman sosial TikTok suasana pilu menyelubungi pekarangan kediaman mendiang Joanna tatkala permata sulung itu memanggil ibunya dengan sayu.

“Mummy irak gepih (mama pergi ke mana)?,” kata anak sulung mendiang Joanna dalam bahasa Bidayuh sebaik melihat keranda ibunya diusung.

Allesia yang didukung bapa, Bintara Muda TMK, Haslie Ali, 33, dilihat turut melambat ke arah keranda bonda tercinta berulang kali ketika anggota TLDM dimasukkannya van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Baca juga: Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. ‘Jasamu akan dikenang wirawati negara’

Iklan
Iklan

Baca juga: Jasad cuma cedera di kepala, Nurfarahimi bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi, luah teringin naik helikopter sebelum pencen

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

Baca juga: Bapa Komander Muhamad Amir anggap anak pergi sebagai wira negara. ‘Setiap tahun sertai Hari TLDM, tak sangka semalam terakhir’

“Mummy irak gepih (mama pergi ke mana)?,” kata Allesia sebaik melihat keranda ibunya diusung.

Baca juga: ‘Pergilah abang, sayang dah reda. Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih’- Siti Aisyah

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

Baca juga: Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. ‘Abang sangat baik, minat TLDM’

Baca juga: ‘Kawan ma suruh ambil adik. Ma sudah tiada…’ Perkongsian anak mangsa nahas helikopter TLDM undang sebak

Semasa acara pengebumian, gerak-geri Allesia yang seolah-olah tercari sosok ibunya terus mengundang sebak.

Ketika upacara doa, gelagat Allesia terus membuatkan ramai yang hadir sebak apabila berulang kali memanggil ‘mami’ sambil berjalan berdekatan keranda.

Malah beberapa kali bapanya dilihat menjelaskan sesuatu dan tidak dapat menahan air mata ketika dia memeluk anak perempuan mereka.

Selain Allesia, Joanna juga mempunyai seorang anak lelaki, Hovannes Haslie, yang berusia setahun.

Si kecil itu hanya mendiamkan diri ketika didukung oleh anggota TLDM wanita sepanjang upacara pengebumian itu.

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

Anak kedua, Hovannes masih terlalu kecil untuk mengerti tentang kehilangan ibunya

Dalam temuramah dengan Suara Sarawak

, suami Joanna, Haslie menyatakan mendiang isteri yang baik. Malah lelaki itu pasti akan merindui air tangan isterinya

“Dia sentiasa bersama dalam susah payah membesarkan anak-anak. Mendiang seorang yang baik, sabar dan penyayang,” katanya.

Jasad mendiang Joanna terdahulu diterbangkan dari Ipoh dengan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara Kuching.

Sejurus tiba, jasad mendiang dibawa ke rumah keluarga suaminya di Kampung Engkaroh.

Selain Joanna, enam lagi anggota dan pegawai yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) ketika menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM terkorban.

Manakala tiga lagi ialah mangsa menaiki Fennec (M502-6) pula ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

3 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

3 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

3 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

4 days ago