Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada jam 9.30 malam.

Anak Allahyarham, Ashman Mohd Supyan berkongsi jenazah bapanya akan dhantar ke Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pada untuk dimandikan dan solat jenazah.

“Kepada sahabat dan rakan-rakan ayah yang ingin berziarahm arwah akan dibawa ke Masjid As-Sobirin pada jam 8.40 pagi,” kongsinya.

Manakala pengebumian pula dijadualkan pada jam 10.30 hingga 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Terdahulu, berita pemergian seniman Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 930 malam tadi. Ketika ini jenazah sedang diuruskan di rumahnya. Saya kini dalam perjalanan ke balai polis untuk melaporkan kematian,” kataya kepada Astro Awani.

Pemergian Pyanhabib beberapa hari selepas sambutan hari lahirnya yang ke-66.

Menerusi laman sosial Facebook, Isnin lalu beliau berkongsi hantaran tentang ulang tahunnya itu.

“Cucu minta potong kek, saya pun potong kek.

“Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun dan saya hidup pada usia subsidi diberi ALLAH,” titipnya.

Baca juga: Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

Baca juga: Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi

Baca juga: ‘Semua yang mengenali panggil Papa.’ Rapat sejak 15 tahun, Haiza saksi kebaikan Jaafar Onn

Berita duka karyawan itu turut dikongsi oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi di laman sosialnya.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafasnya terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.

“Sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepada ALLAH jua kita akan kembali,” tulisnya di laman sosialnya.

Pyanhabib mula mencipta nama pada era 70-an dan 80-an apabila karya-karyanya mendapat perhatian seniman tersohor, A Latiff Mohidin dan Sasterawan Negara, Usman Awang.

Aktif menerusi kumpulan seniman tanah air, Anak Alam, hasil kerja beliau kebanyakannya mengangkat isu masyarakat termasuk kemiskinan.

Beliau yang kehilangan pendengarannya ketika berusia 12 tahun melahirkan karya berjudul Suara sebagai luahan rindu beliau terhadap deria itu.

Tidak hanya itu, beliau banyak terlibat dalam pementasan teater dan lakonan filem dan penulisan buku.

Beliau dan rakan, Datuk M Nasir bersama Nasir Jani terjun ke bidang lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan.

Namun, bakat aksinya sebagai aktor mendapat perhatian selepas muncul dalam filem arahan Rahim Razali berjudul Tsu Feh Sofiah yang sarat dengan falsafah keagamaan.

Pada tahun 2023, Allahyarham dianugerahkan Tokoh Penyair Kuala Lumpur 2023 oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

6 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

7 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

22 hours ago

Gelagat Aidid rakam anak sulung lulus lesen P mencuit hati. ‘Habislah, kena tambat kereta lepas ni’

KEMAHIRAN memandu dan memiliki lesen adalah kemahiran asas yang menjadi kemestian pada masa kini. Malah…

23 hours ago