PELAKON Raja Ilya berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan kini hamil anak kedua.

Berita gembira tersebut dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, pemilik nama Raja Rumilah Begum Raja Mohammad itu mengakui usia kandungannya kini sudah pun memasuki lima bulan.

Baca ni Tahniah! Usop timang anak kedua. ‘Assalamualaikum queen daddy, mommy & Abang Umar’

ilya

Dedah wanita berusia 39 tahun itu, khabar gembira itu diketahui sejak Januari lalu, namun Ilya memilih untuk berkongsi kepada umum apabila sudah sampai masa sesuai.

Dalam hantaran berupa sepotong video itu, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Talita Love menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi bayi keduanya.

“Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah!

“Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua.

Baca juga Kehamilan masuk trimester kedua, Eyra Hazali kongsi berita bakal timang anak ketiga. Tiada rezeki dapat kembar

raja ilya

Demikian kongsinya menerusi kapsyen di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan ucapan tahniah termasuklah rakan-rakan artis. Antaranya Anzalna Nasir, Jasmin Hamid, Salina Saibi, Haiza dan ramai lagi. Malah, warganet turut sama berbuat demikian.

‘Alhamdulillah, congrats beautiful.’

‘Congratulations my dear. About time too a companion for Talita.’

‘Congrats, sihat sentiasa.’

Baca lagi Tahniah! Mia Ahmad dan suami timang anak lelaki. ‘Isteri saya selamat melahirkan anak keempat…’

raja ilya 1

‘Alhamdulillah 🤲 Congratulations ❤️ happy to receive this happy news.’

Iklan

‘Talita daa nak jadi kkak… congratulations rajaliya.’

‘Congrats …x sabar nak tengok kakak borak ngan adik nye…’

‘syukur alhamdulillah tahniah sis semoga dipermudahkan dan talita tahniah syg akan jadi kakak♥️.’

raja ilya 2

Sekadar makluman, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 3 tahun.

Iklan

Sumber: Instagram rajailya

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang