PELAKON  Fazren Rafi berkongsi berita duka, ayah tersayang meninggal dunia.

Perkara tersebut dimuat naik beliau menerusi laman Instagram miliknya semalam.

fazren

“Bagi yang mengenali ayahanda saya Mohd Rafi , arwah telah pulang ke Rahmattullah pada 2,30 petang tadi.

Dalam hantaran lain, beliau berkongsi mengenai saat-sat akhir pemergian arwah ayahnya yang sebelum itu kurang sihat.

Terima kasih kepada semua yang tak putus2 mendoakan dan yang hadir ❤️❤️

“Papa, arwah hembus nafas terakhir dalam pukul 2,20ptg 20/5/2024.. Arwah bangun panggil adik faz @shahrezarafi untuk bantu dia nak solat sebab dia tak larat (demam/batuk) malam sebelum adik cakap dia ada sapu dada papa dengan ubat.

fazren rafi

“Jadi adik faz bantu dia ambil air sembahyang then papah dia duduk atas wheelchair.. masa duduk tue papa tak larat then turun melutut kat bucu katil, papa ada cakap nak makan bubur lepas papa rehatkan kepala tepi bucu katil.. adik faz tanya boleh bangun tak, papa jawab macam mana nak bangun.

“Nasib adik faz kuat macam Faz, dia angkat papa baring atas katil, masa angkat tue dia nampak ada darah tepi bucu katil (keluar time batuk) dah baringkan atas katil papa minta air, time nak pergi tu adik faz cakap dah nampak nafas papa dah lain patah balik, tak sampai berapa saat, papa dah tak ada.. إنا لله وانا اليه راجعون
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Al fatihah.

Ramai rakan artis dan pengikutnya di media sosial yang menitipkan ucapan takziah.

Innalillahiwainailahirojiun.. Allahuakbar. salam takziah bro. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.’

‘ Salam Takziah Faz & family.’

‘Innalillahhiwainnailaihirojiun… Salam takziah buat faz sekeluarga.. Semoga dipermudahkan segala urusan..al Fatihah buat arwah…’

‘Allahuakhbar pakcik rafi . Innalillahiwainnailaihirojiun . Takziah buat @fazrenrafi sekeluarga ..’

‘Innalililahhh.. semoga atok ditempatkan bersama golongan yang beriman, amiin.. salam takziah abang @fazrenrafi.’

Iklan

Terbaharu menerusi insta stories miliknya, bapa kepada empat cahaya mata itu memuat naik kisah mengenai arwah ayahnya yang sepatutnya bernikah.

“Sabtu ini sepatutnya arwah ayah Faz nikah. Semua persediaan dah buat. Sehari sebelum arwah meninggal, kami adik-beradik dan arwah kemas dan bersihkan rumah sewa baru, ‘rumah pengantin’.

fazren rafi 1

‘Lepas tu borak-borak dan plan dengan papa siapa nak berucap, siapa jadi pengapit untuk event. Macam-macam la borak. Yang paling banyak sebenarnya merapu meraban. Tapi itulah, kita mampu merancang, ALLAH menentukan. ALLAH sebaik-baik perancangan,” ungkap Fazren lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!