BACA al-Quran dan fahami isi kandungannya, namun jangan pula kita menilik kalam ALLAH itu dengan kejadian seperti wabak Covid-19 tanpa ilmu di dada kerana buruk padahnya.
LAZIMNYA kita membaca surah al-Fatihah ketika mendirikan solat ataupun menghadiakan kepada mereka yang meninggal dunia.
Pun begitu, pernah tak korang terfikir untuk sedekah surah pembuka rezeki itu kepada diri sendiri?
Jika belum pernah, maka lakukan bermula hari ini kerana al-Fatihah merupakan makanan yang baik untuk roh selain bacaan zikir.
Cara mengamalkan:
Setiap pagi selepas bangun tidur
1. Beri salam pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama penuh kita dengan lembut sebanyak tiga kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri (jantung) sambil mengucapkan ‘Alhamdulillah’
Katakanlah: “Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Ya ALLAH jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, jadikanlah hamba penjemput rezeki ALLAH yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamin Ya ALLAH.”
4. Lalu baca surah Al-Fatihah sekali.
Amalkan bermula hari ini kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah kita menghadiahkan al-Fatihah buat diri sendiri dan nikmati rasanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Antara kelebihan membaca surah al-Fatihah:
1. Diampuni dosa.
2. Diterima kebaikan.
3. Dibebaskan lidah pembacanya dari api neraka.
4. Terlepas dari azab kubur, azab neraka dan azab hari kiamat.
5. Berjumpa dengan ALLAH sebelum para ambiya dan para aulia.
6. Mendapat darjat yang tinggi dalam syurga.
7. Orang yang membaca al-Fatihah umpama menyedekahkan emas di jalan ALLAH.
8. Setiap satu ayat al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
9. Rumah yang dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan.
Baca juga Hanya 15 saat! varian Delta ‘menyerang’ melalui udara. Berikut 7 fakta perlu ambil tahu…
10. Membaca surah al-fatihah, ayat kursi, dan dua ayat dari Ali Imran setiap selesai solat akan dibalas dengan syurga serta dipandang ALLAH.
11. 70 kali dibaca setiap hari, ditunaikan hajat, dimenangi dari musuh dan pendengki.
12. Membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebelum tidur akan mendapat keselamatan dari apa-apa kecuali maut.
Semoga bermanfaat dunia akhirat.
Sumber: Telegram Ebit Lew
PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…
Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…
TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…
KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…
PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…
SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…