SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Baginda turut menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.

Selaku Penaung Selangor FC, baginda berpandangan tindakan itu tepat susulan beberapa insiden yang mengancam nyawa pemain dan pegawai baru-baru ini.

Baca juga: Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

Baca juga: ‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

Menerusi kenyataan media istana, bukan sahaja tentang isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira.

Baca juga: Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

Baca juga: Sultan Selangor berkenan beli Kasut Emas milik Khalid Jamlus, dipamer di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

Justeru, baginda turut menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk #standwithfaisalhalim #stoptheviolence.

Baginda mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Baca juga: [VIDEO]Konvoi Sultan Selangor beri laluan, iring ambulans terima pujian ramai

Iklan

Baca juga: Manis bertudung bawal, penampilan anggun Tengku Permaisuri Selangor selepas tunai haji jadi tumpuan warganet

Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan yang merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

Terdahulu, Selangor FC bersedia untuk menerima apa jua keputusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai permohonan penangguhan tarikh Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini atas faktor keselamatan selepas Faisal diserang.

Faisal yang merupakan pemain sayap Red Giant mengalami kelecuran tahap keempat selepas diserang dengan asid sulfurik pekat di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Iklan

Sumber: selangorroyalofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!