‘Tak payah peluk cium.’ Doktor ini mohon anak-anak tidak jadi penyebar Covid-19, lindungi ibu ayah

‘Tak payah peluk cium.’ Doktor ini mohon anak-anak tidak jadi penyebar Covid-19, lindungi ibu ayah

SETELAH tiga tahun, angka kes positif Covid-19 di negara kita nampaknya kembali membimbangkan.

Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini merekodkan 20,696 kes dengan peningkatan 62.2 peratus setakat 16 Disember lalu dengan 28 kematian.

Daripada jumlah itu, 20,077 adalah kes kategori 1 dan 2 manakala 619 lagi kategori 3, 4 dan 5.

Trend kenaikan mendadak ini sangat membimbangkan apatah lagi ia membabitkan kematian!

Menurut Pakar Perunding Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah yang setiap hari berdepan pesakit Covid-19, warga emas merupakan golongan yang mengalami simptom teruk.

Iklan
Iklan

“Saya hari-hari merawat pesakit Covid-19. Apa yang saya nampak mereka yang teruk antaranya orang-orang tua. Mereka ini banyak masalah ko-morbid,” ujarnya.

Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Dr Rafidah memohon orang ramai agar anak-anak lebih cakna kepada golongan tersebut.

“Saya sangat berharap, jaga-jaga bila kita dekat dengan ibu bapa kita atau saudara mara kita yang sudah tua.

“Tak payah peluk cium semua. Kasihanilah mereka.

Baca juga ‘Tiada PKP.’ Lebih 20,000 kes baharu, 28 kematian, KKM sedia hadapi gelombang Covid-19. 5 info ubat antiviral Paxlovid

“Bila mereka masuk wad, mereka keseorangan. Masuk bilik isolasi. Tiada saudara mara boleh masuk.

“Pastikan juga anda ada hand sanitizer di rumah dan bawa ke mana anda pergi. Jika pergi ke tempat ramai orang, pakai pelitup muka.

“Kita tidak mahu menjadi pembawa virus kepada orang tua kita, please,” pesannya.

Selain itu, lakukan langkah ini jika anda dijangkiti Covid-19, amalan TRIIS iaitu;

• Test (Ujian): Segera lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya bergejala;

• Report (Lapor): Laporkan keputusan ujian kendiri secepat mungkin dalam aplikasi MySejahtera;

• Isolate (Asing): Lakukan pengasingan kendiri sekiranya positif Covid-19. Patuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta tatacara isolasi kendiri dengan melengkapkan Home Assesment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera;

Baca juga Covid-19: Subvarian EG.5 lebih mudah ditularkan? Ikuti penjelasan pakar antarabangsa

• Inform (Maklum): Maklumkan kepada semua kontak rapat supaya mereka memantau status kesihatan kendiri dan melakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala; dan

• Seek (Mendapatkan rawatan): Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk. Bagi golongan berisiko tinggi, dinasihatkan segera ke fasiliti kesihatan berhampiran walaupun bergejala ringan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

1 day ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

1 day ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

1 day ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

1 day ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

1 day ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

2 days ago