SEKUMPULAN anak muda bersantai seolah-olah sedang berkelah di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang tular di laman sosial mendapati, mereka tidak hanya duduk ‘lepak’ di sana, malah turut memasak mi segera.

Menerusi rakaman ditonton lebih 2.4 juta pengguna itu, kelihatan sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan wujud perhimpunan yang melibatkan sebilangan individu.

Baca juga: Ramai kecewa balik raya RON95 ‘licin’ di stesen minyak, rupanya ini punca

Baca juga: Pelanggan tak ambil baki lebihan isi minyak, pengusaha stesen perlu lakukan ini

Susulan itu, tinjauan SinarPlus mendapati, kebanyakan pengguna mengecam tindakan kumpulan terbabit yang didakwa tidak menghiraukan keselamatan dengan menggunakan dapur memasak di dalam kawasan stesen minyak, selain mengganggu pengguna lain.

Baca juga: Lelaki dilanggar, hampir digilis lori kontena di stesen minyak, pemandu dikecam cuai, berikut 8 info kes

Baca juga: 3 beg berisi emas disamun di stesen minyak, mangsa lalui detik cemas nekad kejar, rempuh perompak

“Belum pernah lagi aku jumpa healing guna dapur memasak dekat stesen minyak,” kongsi WhoamI.

“Tidak perlu belajar tinggi untuk belajar common sense,” titip Kapten Y.

“Nasiblah tidak jadi apa-apa. Tiada seorang pun ke yang fikir panjang sedikit di situ,” komen Alif Zahari.

“Kalau sudah buat ‘gathering’ begini,  orang datang untuk isi minyak macam mana? Berseronok tanpa susahkan orang tak bolehkah?,” soal Annaz.

Baca juga: Wah! Boleh jual minyak masak terpakai RM3 sekilogram di Petronas, 7 info menarik mak-mak perlu tahu

“Memasak berdekatan dengan stesen petrol? Perangai pelik-pelik. Sudahlah api terbuka, sebelah bahan mudah terbakar. Elok sangatlah tu,” kata User.

“BBNU like they owned the place, no one even think about the risk? The Petron guy did they intervene or got ignored. Banyak tempat lain lagi untuk piknik,” kata Born En-Nsko.

“Dengan kereta menghalang laluan, siap sempat keluarkan kerusi healing dan portable stove . Macam itu kawasan lapang,” ujar Ir.

PANDUAN KESELAMATAN DI STESEN MINYAK

Sudah banyak kecelakaan berlaku kerana kecuaian di stesen minyal. Janganlah kita mengudang perlakuan berbahaya kerana bahan bakar itu begitu sensitif terhadap percikan api.

Pada tahun Jun 2016, seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila 60 peratus badannya terbakar akibat  letupan di stesen minyak.

Dalam kejadian itu, mangsa didapati berbual menggunakan telefon bimbitnya sambil mengisi minyak sejurus sebelum letupan.

Justeru, seorang mekanik di Bengkel Bergerak yang beroperasi di Ipoh, Perak, Amir Rizal Rahmat, memberi panduan keselamatan ketika di stesen minyak.

Berikut adalah butiran lanjut mengenainya:

1. Jangan guna telefon bimbit

Jelas terpampang pada poster keselamatan di stesen minyak yang melarang penggunaan peranti elektronik ketika mengisi minyak.

Namun, sikap acuh tak acuh dan sering memandang remeh peraturan itu menyebabkan masih ramai pengguna yang tidak kisah melanggar peraturan.

Ia sudah cukup untuk menyebabkan sesebuah premis terbakar. Keadaan akan lebih parah jika pada masa itu terdapat ramai pelanggan yang sedang berurusan. Bayangkan malapetaka yang bakal tercetus!

Iklan

2. Elak duduk di atas motosikal

Perlakuan duduk di atas motosikal sambil mengisi minyak masih berleluasa.

Pendekatan itu memang tidak digalakkan kerana penunggang boleh hilang imbangan badan dan menyebabkan motosikal terjatuh sekali gus berlaku tumpahan minyak.

3. Usah isi petrol dalam bekas plastik

Amalan mengisi minyak di dalam bekas plastik seperti botol air mineral lazimnya dilakukan oleh penunggang untuk perjalanan jauh.

Apa pun alasannya, tindakan itu mampu mengundang bahaya kerana sifat petrol yang mudah menghakis boleh menyebabkan bekas plastik bocor dan minyak meruap.

Apabila reaksi itu berlaku, kebakaran boleh terjadi.

Gantikan botol plastik dengan bekas besi atau plastik tebal seperti botol minyak hitam atau belilah bekas khas yang dikenali sebagai jerry can menerusi laman beli-belah dalam talian.

4. Dilarang merokok

Iklan

Meskipun perbuatan menghisap rokok ketika mengisi minyak hampir tidak kelihatan di bandar-bandar besar, namun di kawasan luar bandar, situasi tersebut masih berlaku.

Mungkin selepas ini pengusaha stesen minyak perlu menampal poster bersaiz besar atau menghebahkan melalui media sosial tentang Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika didapati bersalah merokok di stesen minyak.

Kalau merokok pun dilarang, apatah lagi memasak kan?

5. Matikan enjin kenderaan

Setiap kenderaan yang menggunakan bateri berisiko tinggi untuk menghasilkan percikan api lebih-lebih lagi jika enjin tidak dimatikan ketika mengisi bahan api.

Apalah salahnya mematikan seketika enjin demi keselamatan diri, kenderaan dan pelanggan lain.

Sumber: X Local Rakyat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!