WAH seronoknya! Tentu ramai yang teruja dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan baucar buku bernilai RM50 dan RM100 kepada murid sekolah dan pelajar IPT di seluruh negara.

Baucar buku merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar, merancakkan industri buku tempatan, di samping membantu meringankan beban ibu bapa dan para pelajar dalam mendapatkan bahan bacaan yang sesuai.

Baca juga: Pindah amaun akaun 2 KWSP ke akaun 3, ini cara perlu dilakukan elak gagal. 5 info pengeluaran perlu tahu

Baca juga:Penarik beca ini bina ‘beca perpustakaan’, sanggup usung buku ke sana ke mari untuk galak orang membaca…

Jumlah baucar yang diumumkan adalah RM50 bagi murid Tahun Empat hingga Tahun Enam, manakala bagi murid sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia masing-masing berjumlah RM100.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataannya menyalurkan cara penebusan baucar berkenaan seperti berikut:

Langkah demi langkah penebusan baucar buku : 

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid atau pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan ID dan kata laluan DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

2. Mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

3. Pilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada Judul Cadangan Madani.

4. Selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

6. Proses selesai.

Objektif baucar buku ini adalah mencerminkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda.

Ia juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan murid dan pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat.

Iklan

TIP MENGAKSES PORTAL DELIMA

Berikut adalah cara untuk mengakses DELIMa:

1-Pastikan perantin mempunyai capaian Internet.

2-Pergi http://d2.delima.edu.my

Iklan

3-Log masuk menggunakan ID yang diberikan oleh pihak sekolah. Siap!

Sumber: KPM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!