SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.”

Ungkap pelakon dan model, Julia Ziegler ketika ditemui Sinar Plus di majlis Mum2Mum di The Acre by Farm Fresh baru-baru ini.

Menyepikan diri hampir lima tahun dalam industri seni, Julia mengakui kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga terutama dua cahaya matanya iaitu Ivana, 5, dan Rayden Johan, 4.

“Dah lima tahun saya dah (berehat daripada lakonan). Saya okay, kerja terbaik di dunia ialah menjadi seorang ibu.

“Tapi saya tidak berhenti berlakon cuma terlalu sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga.

“Saya tak boleh ke mana-mana majlis kerana mereka masih kecil lagi. (majlis Mum2Mum) ini yang pertama (sertai) selepas anak (sulung) berusia lima tahun dah bersekolah,” katanya.

Baca juga:‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

Aktres jelita berumur 40 tahun itu berkata, beliau tidak menolak jika diberi tawaran berlakon cuma kekangan masa ketika ini kerana penjagaan anak-anak diuruskannya tanpa bantuan pembantu rumah.

“Hari Sabtu dan Ahad masa terbaik untuk saya bekerja.

“Malah, saya juga ada buat penampilan kameo tapi hanya hujung minggu sahaja. Sekarang saya mungkin akan kembali ke industri ini,” ujarnya.

Iklan

Baca juga:Julia Ziegler selamat bersalin anak kedua

Bukan itu sahaja, yang menambah kerinduan terhadap dunia lakonan adalah apabila terserempak dengan produksi yang sedang menjalankan drama atau filem sekaligus mengimbau nostalgia.

‘Saya tak ada lah cakap kita ini tua sangat untuk comeback. Ia lebih kepada matang. Zaman saya dah lepas tapi apa salahnya jika ada rezeki untuk saya dalam industri ini,” katanya sambil ketawa.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!