SEMALAM merupakan hari lahir Tiara yang merupakan anak angkat kepada pasangan selebriti Achey Bocey dan isterinya, Anne.

Menerusi laman Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya,
Mohd Nasir Hamzah mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali beliau mendapat maklumat mengenai anaknya itu yang kini memasuki usia enam tahun.

Baca ni ‘Itu gigi Tok Ma.’ Gelagat Tiara hampir buat Achey muntah

achey

6 tahun lepas.. 10 ramadan… tanpa dapat apa2 gambar tanpa melihat keadaan dia.. tanpa selidik dari siapa dia… dan siapakah dia…hati naluri seorang ibu @anne_achey._ tiba2 menangis di depan sofa dengan hanya satu panggilan..saya bertanya betul ke nak ni??.. sebelum ni ada juga tapi ada gambar dan video.. tapi yang ini tetap kuat menginginkan dia menjadi puteri dalam kehidupan kecil kami..

tiara

Baca juga ‘Rezeki orang baik.’ Terharu terima hadiah Ford Ranger Raptor, luahan hati Achey buat warga maya tersentuh
..
Terdetik waktu tu YA ALLAH jgn kami salah langkah .. kerana tanggungjawap ini sangat besar.. jam 6.45 keluar dari hospital kami menagis berdua dalam kereta memangku dan menatap susuk tubuh yang sangat kecil fresh dari incubator..

achey 1
..
Dan dengan rasmi pada 10ramadan 15 mei 2018 saya dan isteri bergelar ibu dan ayah sekelip mata.. raya tahun tu mmg tak fikir langsung pasal kami.. semua dia je.

Ujar pelawak terkenal itu lagi, biarpun hanya bergelar ibu bapa angkat, namun mereka suami isteri cuba memberikan yang terbaik buat Tiara.

Iklan

Baca juga Berkat rezeki Tiara Candy, Achey beli MPV jadikan van jenazah, wakaf percuma untuk golongan memerlukan


Kami cuba berikan yang paling baik sebaik kehidupan kanak2 biasa… agar dia terbiasa dengan semua .. takut risau bimbang semua ada berjayakah kami membesarkan dia serta dia di terima semua orang.. dan dari tahun ke tahun ada sahaja perkara hebat berlaku melalui @tiara.zinnirah ..
..
Dalam usia 6 tahun awak dah buat seluruh malaysia sayangkan awak nak… jika satu hari nanti ayah pejamkan mata… ayah tak bimbang kerana satu malaysia sayangkan awak… SELAMAT ULANG TAHUN

Iklan

NUR TIARA ZINNIRAH NASIR BINTI ABD HAQ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!