Aiman my plus one, ketampanan anak sulung Ziana Zain jadi perhatian

MUHAMMAD Aiman Armin Zaharin, anak sulung kepada penyanyi terkenal Ziana Zain kini menjadi perhatian warganet.

Ketampanan anak muda berusia 24 tahun itu muncul sebagai bualan ramai apabila Ziana memuat naik beberapa keping gambar menghadiri sebuah acara.

Memakai gaun hijau zamrud, pemilik nama Siti Roziana Zain diiringi kehadiran Aiman yang menggayakan sut berona biru gelap.

Aiman kelihatan ceria menemani ibunya di acara Malaysia Best Business Awards 2023.

Warganet tidak melepaskan peluang memuji graduan Management & Science University (MSU) itu tampil persis bodyguard

Iklan
Iklan
dan orang kuat Ziana.

Tidak kurang ramai yang mengaitkan wajah Aiman seiras dengan bapa saudara, Anuar Zain dan sepupunya, Ernie Zakri.

Ujar mereka:

-“Terbaik Kak Gee, Aiman boleh jadi orang kuat jaga Kak Gee. Good boy.”

-“Ada rupa Pak Ngahnya, Anuar Zain yang kacak. Tengoklah mama dia maintain cantik.”

-“Masya-ALLAH, besar sudah anak bujang, bodyguard mama.”

-“Handsome anak teruna Kak Ziana, Ahamdulillah membesar dengan baik, anak yang soleh.

-“Senyum nampak macam mama dia, version boy.”

-“Wah sudah besar Aiman, kacak dan manis dengan lesung pipitnya.”

-“Ada iras muka Ernie Zakri.”

Selain Aiman, Ziana memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Muhammad Ammar, 18, yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan sepasang kembar, Muhammad Ariel serta Siti Nur Kaseh, 13 tahun.

Terdahulu, Ziana mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 9 Mei 1998.

Mereka bagaimanapun menghadapi kemelut dan akhirnya bercerai talak satu pada Julai 2018.

Penyanyi bersuara lunak ini cukup popular pada era 90-an dan 2000-an hingga dijulang sebagai salah seorang diva pop di Asia Tenggara.

Memiliki enam album studio, dua album unplugged, single dan kompilasi, Ziana banyak mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.

Justeru tidak hairanlah penyanyi yang diberi julukan J.Lo Malaysia itu mengukir namanya di dalam Malaysia Book of Records

sebagai Artis Wanita Pertama Memenangi Pertandingan Antarabangsa.

Terkini, Ziana tampil dengan buah tangan terbaru bersama pendatang baru, Hasif Upin.

Lagu berjudul Waktu adalah single terkini beliau selepas 15 tahun tidak merakamkan sebarang lagu baharu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

2 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

2 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago