PELAKON Hanis Zalikha berkongsi detik cemas dialami anak perempuannya, Alisa Aisyah yang mengadu sakit hidung akibat memasukkan putik bunga ke dalam hidungnya baru-baru ini.

Hanis, 31, menerusi perkongsian di laman Instagramnya berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan anaknya yang berusia dua tahun itu membuka bungkusan hadiah.

“Cerita hari tu. masa tengah buka bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung dan kata sakit sakit!

“Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu. Menjerit Mommy, ‘Alisa did you put this in your nose?’. Dia pun menjerit jugak “I am sorry mommy’. Tiba-tiba cakap maaf ni, betul lah tu,” cerita Hanis.

Menurut Hanis, pada awalnya dia tidak dapat nampak apa-apa dalam hidung Alisa ketika memeriksanya dengan mata kasar, bagaimanapun sebaliknya apabila menggunakan skop kamera milik suaminya, Hairul Azreen.

“Periksa mata kasar memang clear saja lubang hidung dia tu. Nasib baik daddy rajin beli gajet-gajet untuk periksa telingalah apalah. Berguna time cemas.

“Terus ke unit kecemasan dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor,” kongsi Hanis.

Iklan

Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.

 

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

(FOTO: Instagram Hanis Zalikha)