KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih pasangan hidup.

Ungkap ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu, dengan usia kini 45 tahun, dirinya tidak lagi memikirkan soal tambahan anak.

Sebaliknya, beliau hanya mahukan teman dalam mencari kebahagiaan dan ketenangan.

“Apa awak nak? nak anak, jangan datang kepada saya… dah 45 tahun.

“Jika nak teman dan ‘keluarga segera’ come and bought, Tapi pastikan (kewangan) awak secure (stabil).

“Saya juga nak memastikan kewangan stabil tetapi sesiapa (nak) dengan saya (mesti) boleh tanggung saya,” katanya dengan nada ketawa.

Beliau berkata demikian selepas sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 di Hyatt Place Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

Baca juga:Jalan-jalan naik tren ekspres terus ke Ipoh, ini 5 lokasi pelancongan yang boleh diterjah dalam sehari

Dalam pada itu, menyentuh hubungan dengan bekas suaminya, Sha’arin Razali, Yasmin berkata, masih baik termasuk dengan keluarga mertua.

Bahkan, ujarnya, sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini diraikan bersama kerana anak-anak.

“Cuma berbeza sedikit (selepas berpisah), kalau dulu dengan dia ada solat raya tapi kali ini tak ada lah.

“Rumah dan kampung dia di Kuala Lumpur manakala saya Selangor. Jadi, dalam sehari dua-dua belah dah selesai.

Iklan

“Anak-anak berjumpa ke dua-dua ibu bapa setiap hari,” katanya.

Baca juga:Yasmin Hani terbuka terima perubahan

Yasmin dan Sha’arin yang juga bekas pemain dram kumpulan Blackrose mendirikan rumah tangga pada 2015.

Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

Iklan

Namun, mereka sah bercerai pada Disember 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!