PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan anak kedua baby boy di sebuah pusat perubatan.

Lebih menarik lagi, kelahiran si kecil itu cukup istimewa iaitu jatuh pada 12 Disember 2023 (12.12.2023).

Khabar gembira itu dikongsi Ayda dan suami, pengacara Nabil Mahir di laman sosial Instagram yang turut memuat naik sekeping foto menunjukkan tangan si kecil.

“Assalamualaikum semua.

“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023. (Tak ade sale, dah tanya dah). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to zombi world,” kongsinya.

Baca juga: Ayda Jebat pilih bersalin czer untuk anak kedua, bakal timang baby boy

Baca juga: Ana Nayla buah hati Ayda Jebat, Nabil Mahir, mata cantik raih perhatian warga maya

Baca juga: ‘Normal atau czer, tujuannya sama…’ – Dikritik pilih bersalin secara pembedahan, Ayda Jebat tak melatah

Ibu muda itu juga meluahkan rindu kepada anak sulungnya, Ana Nayla,2, dan teruja untuk menyaksikan pertemuan pertama dengan adik baharu.

“Sudah rindu baby Ana Nayla. My forever baby ni. Tak sabar nak bawak your little brother jumpa kakak dia! Nak tengok reaction dia. Aaa.. Kakak kiut and manja.

“After 24 hours Mommy finally dapat kentut, punya la lama tunggu.

“Huaa! Then only boleh makan! Can’t wait to have my breakfast, my first meal selepas beranak. Lapar ooo,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan warga maya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar ibu dan bayi sihat.

– “Waalaikumussalam, alhamdulillah. Congratulations @aydajebat @nabilmahir.”- Nabila Razali

– “Alhamdulliillah congratulations guys!” – Uyaina Arshad

– “Aaaawww sayang auntieee ❤️🔥 congrats Ayda.” – Ara Johari

Iklan

– “Syukur Alhamdullillah..Congrats my❤️ @aydajebat & @nabilmahir.” Didie Alias

– “Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Welcome to the world baby boy. Kami tumpang happy.”

– “Tahniah Ayda dan Nabil. Moga baby dan mommy sihat selalu. Selamat berpantang.”

Ayda terdahulu berkongsi akan bersalin secara pembedahan caesarean dan tarikh tersebut perlu dipercepatkan daripada tarikh jangkaan asal.

Iklan

Pelantun lagu Pencuri Hati itu hanya mendedahkan kehamilannya secara rasmi kepada umum Julai lalu ketika kandungannya berusia lima bulan.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkahwin dengan Nabil pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang