Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh buat kali kedua sekitar April lalu.

Menurut Jaclyn atau lebih mesra dipanggil Jac, dia mengetahui berita berkenaan menerusi laman Instagram bekas suaminya dan meninggalkan ucapan tahniah atas perkahwinan berkenaan.

“Sudah tentu saya tahu. Sejujurnya saya sangat gembira, sebab sebelum ini dia berkata tidak mahu berkahwin lagi, namun akhirnya bertemu dengan seseorang dan berkahwin.

“Saya ada memberikan ucapan tahniah di Instagram Story dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya doakan dia dan isterinya bahagia selamanya.

Iklan
Iklan

“Saya tak tahu mengenai perkahwinan mereka, namun hanya mengetahui menerusi Instagram. Dia membuat pengumuman di Instagram saja,” katanya pada Sinarplus ketika ditemui di sidang media First Solo Concert Jaclyn Victor di Madam Lee Nyonya Private Dining, Hotel Palm Garden Putrajaya pada Selasa.

BACA JUGA : Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

BACA JUGA : Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

Tambahnya, sehingga kini mereka masih berkawan dan bekas suami juga masih berhubung dengan anak-anak malah sempat berjumpa ketika berkunjung di Malaysia Mei lalu.

“Kami masih lagi berkawan dan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Malah, bekas suami masih lagi berhubung untuk berkomunikasi untuk anak-anak.

“Kebetulan pada awal Mei lalu, dia ada pulang ke Malaysia dan sempat bertemu dengan anak-anak,” jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang.

Terdahulu, pasangan itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014 dan bercerai selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jac yang suatu masa dulu pernah menjuarai pertandingan Malaysian Idol musim pertama itu akhirnya bakal mengadakan konsert solo pertamanya pada 12 Oktober depan di Zepp, Kuala Lumpur selepas 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Siti Noor Azira Mohd Faudzi

Published by
Siti Noor Azira Mohd Faudzi

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

5 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

6 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

8 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

21 hours ago

Gelagat Aidid rakam anak sulung lulus lesen P mencuit hati. ‘Habislah, kena tambat kereta lepas ni’

KEMAHIRAN memandu dan memiliki lesen adalah kemahiran asas yang menjadi kemestian pada masa kini. Malah…

23 hours ago