PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin ‘mendunia’ apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah di laman Instagramnya memuat naik video persembahannya.

“Alhamdulillah selesai tugas di China ❤️. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia!

“I’m a proud Sabahan and proud Malaysian.

“Terima kasih kesayangan semua yang selalu bagi support dan mendoakan Bella. Alhamdulillah!” kongsi Bella menghargai para peminat.

Baca juga: Aliff Aziz enggan cerai, yakin pertahankan rumah tangga. Bella Astillah akui sudah penat

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. ‘Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga’

Baca juga: “Tiada siapa yang mahu dikenali kerana kontroversi” – Bella Astillah

Bella yang menyampaikan beberapa lagu beberapa buah lagu termasuk Sumandak Sabah nyanyian Velvet Aduk dan Marsha Milan menghiburkan penonton dari 80 negara.

Baca juga: Anak-anak sumber kekuatan Bella Astilah.’Mereka buat saya tenang, reda & kuat

Baca juga: ‘Dia cari nak manja-manja, anak mummy yang kuat.’ Peluk erat Bella Astillah, aksi Mas Idayu undang sebak

Baca juga: ‘Kakak sayang adik dunia akhirat.’ Bella Astillah genap 30 tahun, ucapan Adira menyentuh hati

Warga maya menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian diraih Bella. Kala rumah tangga diuji dan berantakan, isteri kepada Aliff Aziz itu terus menyinar.

Ujar mereka:

“Go Bella 😍🔥 so proud of youuu!” kongsi Shalma Aina.

“Fly high sayang. M so proud of u. Rasa nak nangis anak mak fly high. Tinggalkan yang negatif. U can do this sayangku !” titip Puteri Sarah Liyana.

Iklan

“Fly high sumandak talawa @bellaastillah ❤️” tulis Marsha Milan.

“Congrats Bella sampai ke China bawa nama Malaysia. Rezeki tidak pernah salah alamat. Fly high Bella!!” ujar Klinik Dr Bazilah.

“Makin orang jatuhkan, beliau bertambah up. go @bellaastillah, we proud of you,” ujar Elvy Shahirah.

 

Bella, 29, memfailkan penceraian secara ekspres kepada pada 13 Mac selepas Aliff, 33, dan pelakon, Ruhainies, 31, ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara.

Iklan

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayang dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram Bella Astillah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!