AKTIVIS, penyanyi rap dan pempengaruh media sosial, Caprice berkongsi berita gembira isteri selamat melahirkan anak pertama mereka.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, menyambut cahaya matanya itu dengan kesyukuran.

“March 17th, Alhamdulillah Lil Cappy was born. Salam Malaysia, piew piew! @farra_inalis,” kongsinya.

Baca juga: Caprice bakal sambut anak sulung, Farra Inalis hamil 5 bulan

Baca juga: 30 hari menjadi suami, ayah, Caprice coret hidup bertukar 360 darjah

Baca juga: Caprice disahkan hidap hipertiroid punca dirinya baran

Penyanyi lagu Lenglui dan Dem Girls itu dilihat mendukung bayinya menerusi video yang dimuat naik.

Menurut Caprice, beliau hanya sempat tidur selama tiga jam pada malam pertama kelahiran anak sulungnya.

“Nama tidak tahu lagi. Cuba anda cadangkan beberapa nama, nanti saya akan bincangkan dengan isteri.

“Sebenarnya kami sudah menyenarai pendek beberapa nama. Insya-ALLAH esok kami akan namakan bayi,” kongsi Caprice di IG Story.

Caprice turut menitipkan penghargaan buat warga maya atas ucapan tahniah dan titipan doa.

“Terima kasih semua atas doa, ucapan yang baik. Baru sempat baca semua.

“It means al lot to us. Syukur Alhamdulillah for everythingand everyone,” kongsinya.

Baca juga: Perlu bayar 5 hari sebelum raya, Caprice buat tabung bantu ‘abang burger’ dikompaun RM50k

Iklan

Baca juga: 40 hari menghilang Caprice selamat bergelar suami

Caprice dan Farra, 29, mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

Farra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea yang berusia tujuh tahun.

Iklan

Beliau terdahulu berkongsi berita kehamilan isterinya September tahun lalu ketika usia kandungan mencecah lima bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!