Cinta ‘terkandas’, 5 minggu jalin hubungan, Lee Jae Wook dan Karina Aespa kini putus

 

SATU lagi pasangan popular Korea Selatan iaitu Lee Jae Wook dan Karina Aespa  mengumumkan perpisahan pada Selasa.

Jae Wook dan Karina menamatkan hubungan percintaan selepas lima minggu mendedahkan hubungan mereka.

Iklan
Iklan

Sumber dari agensi aktor itu, C-JeS mengesahkan berita berkenaan.

“Jae Wook memutuskan perpisahan itu untuk memberi tumpuan kepada projek yang sedang dirakamnya.

“Kedua-duanya membuat keputusan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang menyokong satu sama lain.

“Tolong berikan sokongan yang hangat kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, sumber Karina dari SM Entertainment turut mengesahkan namun tidak menyatakan punca perpisahan tersebut.

Pada 27 Februari lalu, Jae Wook dan Karina mengesahkan hubungan mereka.

kedua-dua bintang berkenaan bertemu buat pertama kali di pertunjukan fesyen Prada di Milan pada 14 Januari lalu.

Hubungan percintaan mereka mulai hangat apabila dilihat sering menghabiskan waktu bersama di Seoul, Milan, dan Itali.

Sumber : Soompi

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

12 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

13 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

16 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

16 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

18 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago