PENYANYI Shila Amzah baru-baru ini berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Rhea Akira.

Bayi perempuan tersebut merupakan anak sulung hasil perkahwinan bersama personaliti media sosial, Ubai. Untuk rekod, Shila sebelum itu pernah berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.

shila amzah

Menjengah ke ruangan Instagram miliknya, pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah itu berkongsi momen pertama kali menemukan anak sulungnya dengan adik perempuannya itu.

Baca ni Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

Dalam video yang dimuat naik tersebut, jelas kelihatan gelagat Seth yang cukup teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya.

Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala pertama kali bersua muka. Gelagatnya yang memanggil nama Rhea dan memuji kecomelan baby tersebut mengundang kelucuan.

Nampak gayanya Seth sudah mempamerkan sikap prihatin dan penyayang seorang abang kepada adiknya apabila setia menemani si kecil yang sedang tidur dalam katilnya.

shila 1

Kad ucapan

Dalam perbualan bersama mamanya, si abang itu mengakui cukup menyayangi adiknya dan turut menghadiahkan kad ucapan buat ibu kesayangannya itu.

Baca juga Kongsi alahan bersama suami, Shila Amzah teruja dilayan Ubai bak princess. ‘Dulu urus sendiri, sekarang suami support.’

Malah, sempat juga Seth bermanja-manja dengan Shila yang dilihat meriba dan mengusap-usap anak sulungnya itu.

“When seth get to meet adik for the first time 😢
Be good to each other okay?
Mama and papa love you bothhhhh so much ❤️

Demikian kapsyen yang dimuat naik Shila menerusi Instagram miliknya.

seth

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya mengakui terhibur melihat telatah Seth:

‘Seth geram sangat tu tengok adik. hahaha cute Seth!’

Iklan

‘Good job Seth, dah pandai full sentence dah.Jaga adek Rhea tau.’

‘“Adik, keluar la” arggh comelnyaaa Sethyy!’

‘Comel giler seth sebut nama adik dia.’

shila amzah 1

Baca juga Suami dedah sisi Shila Amzah yang ramai tidak tahu, kisahnya meruntun hati

Iklan

‘Masyaallah pandainya Seth, dah makin banyak sebut perkataan. Comel betuls bila Abang jumpa adik Rhea Akira for the 1st time.. he’s a big boy now.’

‘Aww, comelnyaa. Seth dah makin pandai guna perkataan untuk ayat-ayat penuh. Bangganya. Terus Seth.’

‘I’m so touched see you seth uwais. Sweety boy, cerdik pandai, penyayang, penyejuk hati.’

Sumber: Instagram shahilaamzah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!